Sunday, September 24, 2006

Waktu-waktu mustajab Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-

  • Semasa Lailatul-Qadar.
  • Ketika hujan turun.
  • Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  • Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  • Di tengah malam.
  • Di antara azan dan iqamah.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika iktidal akhir dalam solat.
  • Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  • Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  • Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  • Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

GARDENIA - Pengeluar Daging Babi Terbesar di Australia

Salam sejahtera kepada semua kaum Muslimin & Muslimat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, warkah ini disalin dan dikirimkan kepada masyarakat kita untuk memberi perhatian kepada satu kegiatan yang menyalahi Hukum Syarak oleh sesebuah syarikat perniagaan.

Amat terkejut dan terperanjat apabila membaca satu artikel oleh Goola
Warden dalam The Edge Singapore bertarikh 12 Januari 2004 yang mendedahkan bahawa QAF Limited ataupun dikenalai sebagai GARDENIA adalah pengeluar DAGING BABI terbesar di Australia dan Singapura. Perniagaan DAGING BABI adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan GARDENIA.

Sejak membaca risalah tersebut, fikiran saya terganggu memikirkan bahawa saya telah menjadi mangsa perbuatan aniaya, tidak jujur dan tamak syarikat GARDENIA. Dengan serta-merta, saya telah memberi amaran kepada keluarga, rakan dan taulan supaya tidak lagi membeli barangan keluaran GARDENIA. Jangan kita yang telah mengetahuinya terus menerus meletakkan dosa dibahu kita dan ahli masyarakat orang Muslim.

Sebagai hamba Allah, adalah tanggungjawab saya untuk menyerlahkan
situasi sebenar dan mengambil tindakan untuk menyaran kepada semua umat Islam supaya memberhentikan pembelian roti berjenama GARDENIA dengan serta merta dan masa hadapan. Syarikat ini secara langsung ataupun secara tidak langsung tidak menunjukkan rasa hormat dan keperhatinan kepada kaum masyarakat Islam.

Saudara saudari sekalian, marilah kita berkongsi pengetahuan ini dengan
rakan taulan Islam kita dan saya percara, sebagai umat Islam yang baik,
saudara saudari akan mengambil tindakan yang sebenar untuk muslimat dan musliman yang belum berpeluang mengetahui hal yang sebenar.
Semoga seluruh umat Islam bersatu tenaga dan kepercayaan untuk
menghapuskan kesangsian yang terbukti benar untuk kebaikan semua umat Islam.
Mohon keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t yang membuka pintu hati
kita
dengan segala KebesaranNya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Alllllllahuakbar...!!

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Assalamualaikum wbt............

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surahtersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kaliuntuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan mahakuasa,semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang solehdan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang akudapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yangberiman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikandakwahini kerana Allah.