Sunday, August 23, 2009

Kopi buat payu dara kecut

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.

Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.

Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.

Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.

Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum. Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

"Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.

"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.
"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka.

" Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari.

Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada. - Agensi

Saturday, August 15, 2009

"Shadow Art" daripada sampah.

Dark Stuff, 2008

Rats Having Sex With Heart Shaped Tail, 2007

HE/SHE, 2003

Dirty White Trash (With Gulls), 1998

Real Life is Rubbish, 2002
Source: environmentalgraffiti.com

10 Hotel Paling Pelik Di Dunia

1. Hotel Im Wasserturm, Germany
A hotel inside a water tower

2. Giraffe Manor, Kenya
A hotel where you dine with a friendly giraffe

3. Das Park Hotel, Austria
A Hotel where rooms are made of concrete pipes

4. Waterworld Hotel, China
An amazing aquatic themed hotel

5. Capsule Hotel, Netherlands
A hotel made out of a survival pod

6. The De Vrouwe van Stavoren Hotel, Netherlands
Hotel diperbuat daripada "recycled wine barrels"
7. Sala Silvergruva, Sweden
Bilik untuk seorang bersebelahan lombong perak.

8. Hôtel de Glace, Canada
Hotel ais yang dibuka hanya pada musim sejuk.

9. Everland, Paris
Hotel yang terletak betul-betul ditempat yang menyediakan pemandangan strategik

10. Jumbo Hostel (Stockholm)
World's First Aircraft Inn