Sunday, March 30, 2008
Kenali musuh anda !!!
Saturday, March 29, 2008
Pengasas Mazhab Syafie
Nama penuh beliau ialah Muhammad b. Idris Asy Syafie Al-Quraisyi pengasas Mazhab Syafie. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150 H bertepatan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dilahirkan dalam keadaan yatim dan di besarkan dalam keluarga yang miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri apa lagi malas. Beliau begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu Hadis dari ulamak hadis yang terdapat di Mekah ketika itu. Pada usaha yang masih kecil lagi beliau telah menghafal Al-Quran. Pada usianya 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan Hadis di Madinah. Seterusnya beliau pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Setelah wafat Imam Malik (179 H) beliau berangkat ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana. Selepas itu Khalifah Harun Al Rashid pula mengundang beliau untuk datang ke Baghdad. Pada tahun 198H beliau pergi ke Negeri Mesir dan mengajar di Masjid Amru b. As. Kitab karangan beliau yang mahsyur ialah seperti Al-Um, Amali Kubra, Kitab Risalah dan Usul Figh. Adapun dalam menyusun Usul Fiqh Imam Syafie dikenali sebagai orang yang pertama mempelupuri penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya beliau wafat disana.
Pengasas Mazhab Hanafi
Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Ahmad b. Muhammad b. Hambal b. Bilal Al Syaibani. Beliau dilahirkan di Baghdad dan dibesarkan dalam yatim oleh ibunya. Ayahnya meninggal semasa beliau masih bayi. Semenjak kecil beliau telah menunjukan sifat dan peribadi yang mulia. Sehingga menarik minat ramai terhadapnya, serta amat tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al-Quran, Bahasa Arab, Hadis, Sejarah Nabi serta para sahabat dan para tabi'in. Untuk memperdalamkan ilmunya, beliau pergi ke Basrah dan berguru dengan Imam As Syafie. Beliau juga pergi menuntut ilmu ke Mesir dan Yaman. Diantara guru beliau ialah Yusuf Al Hassan, Ibnu Human dan Ibnu Abbas.
Beliau banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis tetapi tidak mengambilnya, kecuali yang sudah jelas sahihnya. Kitab karangan beliau yang terkenal ialah `Musuad Ahmad Hambali '. Beliau mula mengajar ketika berusia 40 tahun. Pada masa pemerintahan Al Muktasim ( Khalifah Abbasiah ) beliau telah dipenjarakan kerana bersependapat dengan fahamam yang mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah mahkluk. Beliau dibebaskan pada masa pemerintahan Khalifah Al Mutawakkil. Imam Ahmad wafat di Baghdad dalam usia 77 tahun.
Sejarah Pengasas Mazhab Maliki
Imam Malik b Annas adalah pengasas Mazhab Maliki. Beliau dilahirkan di Madinah dan berasal dari Kabilah Yamaniah. Sejak kecil lagi beliau telah menghafal Al-Quran dan ibunya sentiasa memberi dorongan agar beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau mula belajar dari seorang ulama yang terkenal waktu itu yang bernama Ribiah dan mendalami ilmu Hadis dari Ibnu Syihab disamping mempelajari ilmu Fiqh daripada para sahabat. Kerana ketekunan dan kecerdasan fikirannya, beliau terkemuka dalam bidang ilmu Hadis dan Fiqh. Beliau juga sangat berhati-hati dalam memberi fatwa. Beliau akan bermusyawarah terlebih dahulu dengan sekalian para para ulama sebelum mengeluarkan sesuatukan fatwa.
Imam Malik memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Pernah beliau mendengar 31 Hadis dari Ibnu Syihab tanpa menulisnya dan bila diminta mengulanginya semula tidak satu baris pun yang dilupainya. Beliau berkata : Ilmu itu adalah cahaya, ia mudah dicapai dengan hati yang takwa dan khusyuk. Beliau juga menasihati agar menjauhkan keraguan katanya. Sebaik-baik perkerjaan ialah yang jelas, jika salah satu dirinya meragukanmu maka kerjakanlah apa yg lebih yakin menurut perkiraanmu. Antara kitab karangan beliau yang termahsyur ialah Al Muwatha iaitu sebuah kitab Hadis dan Fiqh. Imam Malik wafat pada usaha 86 tahun.
Sejarah Pengasas Mazhab Hanafi
Abu Hanifah An Nukman b. Tsabit b. Zufi'at At Tamimi adalah pengasas Mazhab Hanafi. Beliau dilahirkan di Kufah, pada masa pemerintahan Al Khalid b Abd Malik. Sejak dari kanak-kanak lagi beliau telah mengkaji dan menghafal Al-Quran. Untuk mendalami lagi ilmu pengetahuannya tentang Al-Quran, beliau telah berguru dengan Imam Abu A'sim iaitu seorang ulamak yang terkenal pada waktu itu. Beliau juga mempelajari ilmu Fiqh dari sahabat-sahabat Nabi s.a.w, seperti dari Anas b. Malik, Abdullah b. Aufa, Abu Tufail b. Amir dan ramai lagi. Dari sahabat-sahabat ini juga beliau mempelajari ilmu hadis. Beliau sangat tekun dalam mempelajari ilmu Fiqh dari seorang ulama yang terkenal pada waktu itu iaitu Humad b. Abu Sulaiman tidak kurang dari 18 tahun. 10 tahun selepas kematian gurunya (130 H) beliau berangkat ke Mekah pula. Di sana beliau berguru dengan salah saorang murid Abdullah b. Abbas r.a.
Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang yang sangat dalam ilmunya, ahli zuhud, tawaduk dan sangat teguh memegang ajaran agama. Beliau tidak tertarik kepada jawatan rasmi kerajaan dengan sebab beliau pernah menolak jawatan hakim yang ditawarkan oleh Khalifah Al Mansur. Diriwayatkan kerana penolakannya, beliau dipenjarakan hingga ke akhir hayatnya. Beliau wafat pada usia 70 tahun dan dimakamkan diperkuburan Khizra. Pada tahun 450 H / 1066 M didirikan sebuah sekolah agama yang dinamakan Jami' Abu Hanifah. Diantara kitab karangan beliau seperti Al Musu'un, Al Makha'rij dan Fiqh Akhbar.
Terlepas lagi...
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan sebulat suara semasa menolak rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum itu turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif Basree.
Keputusan mahkamah yang melepaskan Hanif bukanlah persoalannya tapi apa yang saya fikirkan ialah perbuatan zina yang telah dibuat pengakuan oleh beliau sendiri sebelum ini. Dalam keterangan perbicaraan sebelum ini, dia dengan jelas mengaku melakukan hubungan seks dengan Noritta sedangkan dia sudahpun beristeri.
Dia terlepas didunia kerana tidak membunuh Noritta, tapi tunggulah pembalasan tuhan di akhirat nanti kerana perbuatan zinanya itu.
Wednesday, March 26, 2008
Serangan Jantung dan Minum Air Suam
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu .....rawahuttirmizi Illal Liqaq
Rahsia Tauge
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.
Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptompra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulanbahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepasmembaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.
Thursday, March 20, 2008
Rantai tangkai iblis
Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.
Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.
Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.
Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.
Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.
“Apa juga jenis perhiasan di tubuh yang mempunyai kalimah Allah tidak boleh dipakai...inikan pula kalimah bercanggah dengan kalimah sebenar.
“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul-betul, ia menyerupai lambang agama lain,” katanya.
Katanya, rantai berkenaan secara terang-terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.
Peniaga pula dinasihati menghentikan penjualan rantai itu untuk mengelakkan kekeliruan.
“Haram bagi peniaga Islam menjual rantai terbabit dan sekiranya rantai itu masih lagi dalam simpanan, pihak berkuasa patut mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Harian Metro mengesan kewujudan rantai itu melalui pendedahan seorang ‘Mat Rempit’ remaja yang mahu dikenali sebagai Yus, 19.
Menurut Yus, rantai terbabit dijual di beberapa gerai menjual produk aksesori dan pakaian sekitar ibu kota, terutama di Jalan Silang dan Bukit Bintang.
“Kebanyakan ‘Mat Rempit’ remaja yang membelinya menyangka ia kalimah Allah tanpa menyedari rantai tangkal iblis itu menyeret mereka ke arah dosa besar.
“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka-suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam.
“Kami biasanya mudah tertarik kepada fesyen seperti jenama baju, seluar, topi dan kasut hingga kepada fesyen rambut serta aksesori rantai. Mungkin minat terhadap benda sebegini menyebabkan kami mudah terjurumus perbuatan syirik,” katanya.
Dia pernah menemankan seorang rakan membeli rantai terbabit dari sebuah kedai di tingkat satu Kompleks Kota Raya minggu lalu.
Selepas tawar menawar, mereka dapat membeli rantai itu pada harga RM15 daripada peniaga wanita bukan Islam.
Rakannya terus memakainya dengan bangga kerana menyangka ia simbol kalimah Allah.
“Bagaimanapun, seorang peniaga berhampiran Bandar Tun Razak yang terserempak ketika kami minum lalu menasihatkan kami supaya menanggalkannya kerana didakwa berdosa.
“Sejak itu kami sedar ia salah dan berdosa sebelum mengambil keputusan membuangnya,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro menunjukkan contoh rantai tangkal berkenaan.
Menurut Yus, dia bimbang ramai rakannya yang cetek agama masih memakai rantai berkenaan kerana beranggapan ia menonjolkan ciri kumpulan ‘Mat Motor’ yang dianggotai mereka.
“Saya mengaku ramai antara kami tidak pernah bersembahyang...jauh sekali mendekati masjid. Malah, ramai yang pernah terbabit seks bebas dan arak atau dadah,” katanya.
Yus yang bekerja sebagai penghantar makanan segera secara sambilan mendakwa beberapa kali cuba kembali ke pangkal jalan, namun sering termakan pujukan rakan agar kembali terpesong ke jalan yang tidak diredai.
Dia cuma harap pendedahannya berhubung rantai itu sedikit sebanyak dapat memelihara akidah sebahagian daripada golongan sepertinya yang jahil agama.
Produk Coffee Bean & Starbucks mempunyai E471 ( dari babi )
Assalamualaikum,
Mesej ini disampaikan oleh rakan saya untuk mendapat confirmation Sahabat SIM di sini.
HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you
Kronologi kehancuran UMNO dapat dilihat kepada tanda-tanda/situasi berikut:
Kronologi kehancuran UMNO dapat dilihat kepada tanda-tanda/situasi berikut:
- Mukhriz hantar surat mengesa Pak Lah resign.
- Tengku Razaleigh hantar surat kepada semua Ketua Umno Bahagian menuntut diadakan Perhimpunan Khas (EGM).
- Rafidah Aziz mengantar surat peribadi surat setebal 16 halaman pada Pak Lah dan kecewa selepas Pak Lah tidak menamakan wakil Wanita dalam kabinet baru 2008.
- Setiausaha Agong UMNO dan BN (Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad) letak jawatan.
- Khir Toyo letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.
- Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman menolak menjadi ahli kabinet Pak Lah.
- Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang secara terbuka menyatakan kesediaan menerajui dan merawat UMNO.
- Dan terbaru Tun Mahathir akan keluarkan kenyataan tergempar terbaru.
Kita tungguuuuuu...apa kesudahannya.
Saturday, March 15, 2008
Sedih bila baca keratan akhbar ini.
KUALA LUMPUR: “Mak cik boleh maafkan kesalahan dia, tapi tidak boleh lupakan perbuatan kejamnya itu,” kata ibu kepada Siti Hajar Abdul Razak, 27, pelayan kelab malam yang dibunuh di sebuah kondominium di Pandan Indah di sini, kelmarin.Halimah Shaari, 60-an, berkata lelaki terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh anaknya. “Walaupun diberi peluang, mak cik tidak mahu tengok muka dia. Biar undang-undang yang menghukum perbuatannya.“Saya tidak pernah diberitahu Siti Hajar mempunyai teman lelaki,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, semalam.
Dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki yang mendakwa teman lelaki Siti Hajar tampil ke Balai Polis Pandan Indah dan mengaku membunuh mangsa, Ahad lalu.
Harian Metro difahamkan, suspek yang tinggal serumah dengan mangsa dikatakan melarikan diri ke kampungnya di Negeri Sembilan, sebelum memberitahu keluarga mengenai perbuatannya. Halimah berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Siti Hajar selepas dihubungi seorang anaknya yang tinggal di ibu kota, awal pagi semalam.Menurutnya, kali terakhir anaknya pulang ke kampung di Kampung Baru, Kepala 20, Perlis pada Februari lalu selepas tidak pulang menyambut hari raya bersama keluarga.
“Siti Hajar adalah anak keempat daripada lima beradik dan selalu membantu keluarga dengan memberi duit belanja setiap bulan.“Saya sekeluarga reda di atas apa yang menimpa Siti Hajar dan menganggapnya ketentuan Ilahi,” katanya.
Suspek didakwa membunuh mangsa selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Sementara itu, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Wednesday, March 12, 2008
Inilah kekuatan sebenar DAP
Inilah pemimpin Islam sebenar
]
S
Sewaktu ramai antara kita yang lena diulit mimpi, pada 7hb Mac (mlm Jumaat) jam 3.30pagi sehari sebelum hari pengundian, lebih 50,000 rakyat Kelantan dari seluruh pelusuk 'tanah serendah sekebun bunga' ini berkumpul di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu untuk bermunajat agar satu-satunya pentadbiran berdasarkan Islam dapat dipertahankan. Ni la baru betul2 kepimpinan ISLAM!!!! Negeri lain ade buat camni?? Jangan harap... TAKBIR!!!!
TERSENTUH HATI SESIAPA SAHAJA YANG MELIHATNYA..WALAUPUN X DPT UNTUK SERTAI MAJLIS ALLAH NI..MANA IMAM HADHARI??APA YANG DIA MOHON UNTUK ALLAH PERTAHANKAN BN