
Saturday, August 25, 2007
PENJUALAN BABI SECARA TERBUKA

AYAT SUCI DALAM BALAK DITEMUI DI TURKI
SEBATANG BALAK DARI JENIS "OKOUME" DIDAPATI MENGANDUNGI AYAT-AYAT AL-QURAN, DITEMUI DISEBUAH KILANG PAPAN DI ANKARA, TURKI.APA YANG MENAKJUBKAN AHLI SAINS DAN PAKAR AGAMA IALAH AYAT-AYAT YANG TIMBUL DARIPADA URAT KAYU ITU DIDAPATI PADA SETIAP LAPISAN BALAK YANG DIBELAH.
ANTARA LAIN, TULISAN YANG JELAS DIBACA DALAM BENTUK "CUFIC ARABIC" ITU IALAH "BISMILLAHIRRAHMANI RRAHIM MUHAMMAD". TULISAN "CUFIC ARABIC" SAMA BENTUKNYA DENGAN AL-QURAN TULISAN SAIDINA OMAR AL-KHATAB YANG DIANGGAP AL-QURAN BERTULIS PERTAMA DI DUNIA.TULISAN BENTUK ITU WUJUD SEJAK 1,400 TAHUN LALU.
BEBERAPA SAINTIS DAN PAKAR AGAMA SEPENDAPAT BAHAWA AYAT YANG WUJUD PADA KEPING PAPAN LAPIS ITU, MENGKAGUMKAN. PENGUSAHA KILANG ITU, SENER AYKUL TELI BERKATA AYAT-AYAT AL-QURAN ITU DITEMUI OLEH SEORANG PEKERJANYA SEWAKTU MFNGAWASI PROSES PEMOTONGAN PAPAN LAPIS UNTUK DIJADIKAN PERABOT, PERTENGAHAN TAHUN LALU. SALAH SATU DARIPADA BATANG KAYU ITU MENGHASILKAN TULISAN AYAT BERKENAAN. SEWAKTU DIBAWA KE KILANG, PANJANG BALAK ITU IALAH 12 METER, MANAKALA DALAM BENTUK ASALNYA, IA BERUKURAN 35 HINGGA 40 M ETER. TULISAN ITU TIMBUL SELEPAS KAYU ITU DI POTONG SEPANJANG 4 METER DENGAN MESIN OUTOMATIK. ENCIK AYKUL TELI YANG MENJADI ORANG KEDUA MELIHATNYA, BERKATA TULISAN AYAT AL-QURAN ITU BERUKURAN KIRA-KIRA 3.4 METER PANJANG DENGAN LEBAR KIRA-KIRA 0.7 METER.
KATANYA, SEKUMPULAN SAINTIS MENGESAHKAN BENTUK PERMUKAAN PAPAN ITU ADALAH ASLI DAN TIDAK MUNGKIN DILAKUKAN OLEH MANUSIA. URAT PADA TULISAN BERKENAAN TIMBUL DI PERMUKAAN PAPAN DAN BOLEH DIRASAI DENGAN TANGAN. ENCIK AYKUL TELI BERKATA, KAJIAN AWAL PADA BATANG KAYU "OKOUME" ITU BERUSIA 60 TAHUN DAN BERASAL DARI GABON, AFRIKA YANG DIEKSPORT UNTUK DIPROSES DI TURKI. TURKI BERHARAP UNTUK MFNDERMA PADA NEGARA-NEGARA ISLAM TERMASUK MALAYSIA UNTUK DIJADIKAN BAHAN PAMERAN.SETAKAT INI ARAB SAUDI, KUWAIT DAN EMIRIYAH ARAB BERSATU SUDAH MENERIMA KEPINGAN PAPAN LAPIS BERKENAAN. SEKEPING LAGI DIPAMERKAN DI MUZEUM TOPKAPI, ISTANBUL.
Friday, August 24, 2007
Siapa sebenar Munsyi Abdullah...
Semasa Ust. Nasharudin Mat Isa mengadakan tazkirah pendek di Surau Al-Amin, BTHO...beliau telah mengupas tentang Fikh dan Sirah Rasulullah (s.a.w.). Banyak kupasan menarik yang disampaikan tentang sirah baginda Rasulullah tapi insya Allah kalau diizinkan dapat dikongsi bersama di lain kesempatan.
Yang sangat ingin dikongsikan adalah cerita mengejutkan dari ustaz dalam intro tazkirahnya tentang sirah-sejarah, bila menceritakan tentang sejarah dan menyentuh sedikit tentang sejarah TanahMelayu, maka terkeluarlah nama Munsyi Abdullah. Jemaah termanggu bila ditanya Ust. Nasharudin tentang antara hasil penulisan pertama Munsyi Abdullah yang kita gelarkan "Bapa Persuratan Melayu" tu... dan beristighfar panjang bila diberitahu antara hasil tulisan Munsyi yang pertama adalah translation BIBLE KE DALAM BAHASA MELAYU YANG DITULIS DALAM SKRIP JAWI!, yang mana manuskrip asalnya masih ada di British Public Library, London.
Pagi ni, bagi menyokong kenyataan Ust. Nasharudin maka dilayarilah website BritishLibrary - search dalam British Library Public Catalog dan hanya mampu beristighfar panjang bila hit yang didapati seperti yang disertakan dibawah ni...
Record 18 of 21 item(s)
Uniform title: Bible. N.T.. Malay
Title:Kitab injil al-kudus dari pada Tuhan Isa al-Masih
Joint author/editor: Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir.
Joint author/editor: Keasberry. Benjamin Peach
Publication details: [Singapore]. [B.F.B.S.]. [1856]
Description: [No pagination, ca.600p]. ill. 21cm
Shelfmark: ORB.30/453. OIOC
Notes: Lithograph
Notes: Uncoloured double decorated frontispiece
Notes: Translation revised by B. P. Keasberry and Munsyi Abdullah
Notes: Darlow & Moule (1911) no.6509
Notes: Jawi script
Selepas lebih suku abad saya menerima pakai kenyataan bahawa beliau adalah BapaPersuratan Melayu sejak semalam fakta tu dah cukup tak relevan lagi...Bagi yang ingin surf/search sendiri ke website British Public Library:http://blpc.bl.uk/- click SEARCH option (second box)- select All Material (radio button)- dalam field Author/Editor masukkan "Munsyi"- click Submit Search- Result akan menyatakan "Your Search has found 21 items"- scroll ke item [18]dan lihat sendiri..... ....
Wassalam...
Sunday, July 22, 2007
HALAL&HARAM HARI INI....TAKUT!!!
Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orangMelayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas produk tersebut dan serba sedikit huraiannya.
1. COLGATE
Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampurlemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dariThailand.
2. AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.
3. COKLAT
Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.
4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAH
Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.
5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE
Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.
6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)
Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandungi/dicampur /diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengansensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal/haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam(RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.
7. REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATA
Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV(terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi. lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka. Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas.Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... DiTaiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***
8. COCA COLA
Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa'Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot CocaCola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak.
9. SARDIN TIN MERAH
Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.
10. KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lain nya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusingu ntuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was elok lah kita tinggalkan. Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban ke dalam sebuah bekas/raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.
11. TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahu kah kita apa kah cara tradisional teh ini dibuat. Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan membenamkan berus gigi ke dalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itu lah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itu lah hakikatnya.
12. TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan supaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalamTesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam (C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai(Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri olehseorang pemuda Melayu.
RENUNGAN
Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa/bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan di kenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicapThamin.....????? Kicap Thamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaran RM7,000.00 untuk membolehkan produk tersebut memasuki pasar raya.
Friday, July 20, 2007
Surah Al-Ikhlas ( QulhuwaALLAHu Ahad)
ASSALAMU'ALAIKUM WARAMATU//AHI WABARAKAHTUH. .,
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH. WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m"
Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakanbahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. KemudiannyaSaiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surahAl-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya2) Doa anak-anaknya yang soleh 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
10 Jenis Makanan Antikolesterol
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai
Hari- hari Dalam Islam
Jumaat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan danpernikahan.SabtuHari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hariitu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjianDarrunNadwah.
Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan,keranapada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga,keranabahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusanperniagaandan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya SitiHawaberhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anakNabiAdam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari ituAllahSWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Adyangmereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah padahariRabu.
Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat,keranabahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka rajaMesirmenunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
Saturday, May 19, 2007
Carlsberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.
Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.
Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.
Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.
Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.
Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.
Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. "
Thursday, March 29, 2007
LELAKI DAN WANITA
- lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
bujang ditanggung oleh bapanya. - lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. - Hukum Islam menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. - Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Suami pula tidak boleh menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Walaupun tanggungjawab lelaki dilihat begitu banyak, namun orang lelaki tetap ada pelbagai keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan tidak ada pada wanita .
Wanita
- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki iaitu meliputi seluruh badan
kecuali muka dan dua tapak tangan. - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya. - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorg wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW melihat kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita. Beringatlah wahai wanita....Bersyukurlah kita kerana bergelar 'Wanita' dan bersyukurlah antum kerana bergelar 'Lelaki'. Setiap satu kejadian Allah SWT pasti ada hikmahnya....carilah ia.......
Wassalam
Wednesday, November 22, 2006
Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!
Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.
Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.
Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.
Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.
Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.
Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.
Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.
Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.
Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.
Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.
Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.
Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.
Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
"Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.
"Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.
Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.
Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.
Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?
Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.
“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.
TOLONG INGATKAN SAYA
andai aku terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan
tolong ingatkan saya
jangan jadi anak derhaka
mak ayah dilupakan jangan
usah diluka hati dan perasaan
tolong ingatkan saya
supaya ingat pesanan guru
bukan sekadar peringatan
tapi tarbiyah berpanjangan
tolong ingatkan saya
dengarlah dan bacalah al-quran
tika radio penuh hiburan
tika tv penuh hindustan
tolong ingatkan saya
di mana islamnya zahir
kujika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan
tolong ingatkan saya
jadilah sahabat yang baik
sentiasa memberi peringatan
sentiasa menerima teguran
tolong ingatkan saya
kalau bercinta biar keranaNya
dalam memilih utamakan Iman
kelak ikatan dihindari syaitan
tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga di sana menjadi bekalan
tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
segala-galanya Dialah tumpuan
Sunday, October 15, 2006
DO not eat Cadbury Chocolate!
On 24th June 2006 :-
TELL ANY BODY WHO HAS KIDS OR LIKE TO EAT CADBURY!!!!!
DO NOT PURCHASE CADBURY CHOCOLATES NOW !!!!!!!!
WHY ?? READ BELOW IMPORTANCE NOTICE !
PLEASE TELL ALL YOU KNOW THAT CADBURY CHOCOLATES HAVE BEEN WITHDRAWN FROM EUROPE BECAUSE OF CONTAMINATION WITH A RARE STRAIN OF SALMONELLA(BACTERIA) AND OF COURSE WHAT BETTER PLACE TO DUMP THESE WASTED PRODUCTS THAN THE THIRD WORLD. THE CHOCOLATES WILL BE SOLD IN THESE MARKETS FOR CHEAPER PRICES.
TELL ANY BODY WHO HAS KIDS OR LIKE TO EAT CADBURY!!!!!
DO NOT PURCHASE CADBURY CHOCOLATES NOW !!!!!!!!
TO VERIFY, CHECK THESE:
http://news.bbc.co.uk/1/hi/5112470.stm
http://www.medicalnewstoday.com/healthnews.php?newsid=45887
Wednesday, October 11, 2006
Napoleon Bonaparte - Adakah beliau memeluk Islam?
Dengan penuh kepastian saya harus memperjelaskan kepada anda dalam setiap ucapan saya bahawa saya adalah seorang muslim dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.
Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah yang begitu berani menuturkan kata-kata di atas? Atau mungkin anda lebih tidak percaya kerana yang berkata demikian ialah Napoleon Bonaparte!
Tokoh itu begitu terkenal dalam sejarah sehingga namanya berada dalam urutan ke-34 daripada Seratus Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dunia (Buku tulisan Micheal H. Hart yang meletakkan Rasulullah s.a.w menduduki tempat teratas dalam senarai itu.
Sebagai Kaisar atau Raja Perancis, Napoleon mengukir sejarah yang begitu hebat sebagai jeneral tentera yang berjaya menundukkan dan menawan banyak negara Eropah sehingga ke Asia Barat, termasuk Mesir dan Palestin.
Istilahnya beliau menyapu bersih, sehingga menjadikan Napoleon sangat berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis. Malah sesetengah pihak menganggap dalam bidang ketenteraan dan strategik Napoleon ialah jeneral yang paling genius.
Napoleon dilahirkan di Ajaccio (Aiacciu) atau disebut Ajax dalam bahasa Latin di Pulau Corsica yang terletak di bahagian tenggara Perancis pada 15 Ogos 1769 sebagai Napoleone Buonaparte. Pulau Corsica yang berada di bawah jajahan Perancis merupakan pulau keempat terbesar selepas Pulau Sicily, Sardinia dan Cyprus di Laut Mediterranean.
Kariernya sebagai anggota tentera yang paling digeruni bermula apabila beliau menyertai Tentera Revolusi Perancis pada lewat 1790-an.
Sehingga tahun 1799, Napoleon memerangi hampir seluruh Eropah sehingga beliau kembali ke Perancis sebagai raja selepas kempennya selesai di Mesir.
Pada 1800, Napoleon kembali semula ke medan perang dengan mengalahkan Austria. Pada 1802, Napoleon memperkenalkan sistem Perundangan Perancis yang baru yang dikenali sebagai Napoleonic Code.
Pada 1804 beliau ditabalkan sebagai Maharaja Perancis di Gereja Notre Dame Cathedral. Sehingga 1807, keluasan empayarnya bermula dari Sungai Elbe di bahagian utara Perancis menganjur sehingga ke Itali di bahagian selatannya atau dari Pyrenees sehinggalah perairan Dalmatian.
Kejatuhan
Tetapi selepas 1812, Napoleon mula mengalami kejatuhan apabila beliau menerima kekalahan pertama ketika cuba menakluk Rusia. Beliau juga terpaksa melepaskan Spain (Sepanyol) kepada Duke Of Wellington daripada tentera British dalam Peninsular War. Beliau mengalami kekalahan yang teruk pada 1814.
Napoleon terpaksa melarikan diri ke Pulau Elba dan kembali semula ke Perancis pada 1815 untuk mengumpulkan kembali kekuatan tentera yang dikenali Grand Army. Tetapi beliau terpaksa mengaku kelemahan apabila mengalami kekalahan teruk dalam Perang Waterloo di tangan tentera Wellington.
Sebagai hukuman, Napoleon dinafikan haknya untuk menetap di Perancis. Malah beliau dibuang negeri ke Pulau Saint Helena yang terletak di bahagian timur Afrika. Enam tahun kemudian, iaitu pada 1821 beliau meninggal dunia di pulau itu dipercayai akibat kanser perut. Sehinggalah pada 1840, barulah mayatnya di bawa pulang semula ke Paris. Tetapi dalam satu ujian didapati rambut Napoleon mengandungi kandungan racun arsenik yang tinggi.
Ini menjadi teori kepada punca kematian beliau yang sebenar. Beliau dipercayai diracun oleh Count of Montholon bagi pihak British yang tidak mahu melihat Napoleon kembali berkuasa.
Namun persoalan besarnya benarkah pemimpin tentera yang digambarkan sebagai seorang yang kejam dan rakus ini benar-benar memeluk Islam?
Jika benar, adakah kerana ada muslihat di sebalik itu bagi membolehkan apa yang beliau hajati tercapai?
Pengislaman Napoleon didedahkan oleh penulis David M. Pidcock dalam sebuah bukunya yang memetik kembali keratan sebuah akhbar rasmi Perancis, Le Moniteur, yang menyebut mengenai pengislaman Napoleon pada 2 Julai 1798. Ia berlaku hampir 23 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 1821.
Apabila tokoh ini memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Aly (Ali) Napoleon Bonaparte.
Peristiwa ini dipercayai berlaku ketika Napoleon berada di Mesir. Napoleon tertarik kepada Islam ketika dijemput menghadiri suatu majlis memperingati ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w yang dihadiri oleh begitu ramai umat Islam.
Majlis itu menyedarkan Napoleon kepada kata-kata Voltaire yang mempercayai bahawa manusia memerlukan agama dalam hidup mereka. Manusia tidak boleh hidup tanpa agama atau tanpa mempercayai tuhan.
Pengalaman di Mesir itu dikatakan memberikan satu perjalanan rohani kepada Napoleon.
Tetapi apakah yang membuatkan tokoh perang ini dapat menerima Islam?
Napoleon berkata, Rasulullah s.a.w. berjaya memandu kehidupan kaum Arab yang jahil kepada jalan yang benar. Mengajar kepada mereka mengenai keesaan Allah. Allah yang satu. Tuhan yang tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai pendamping.
Sedangkan menyembah pelbagai jenis tuhan merupakan satu budaya yang sangat kabur tetapi tidak lebih satu aspek pemujaan kepada berhala yang merupakan hanyalah patung-patung yang kosong, katanya.
Napoleon juga sangat mengagumi kitab suci al-Quran setelah beliau membandingkan isi kandungannya dengan Alkitab (Injil).
Saya menemukan kebenaran-kebenaran yang unggul di dalam al-Quran yang selama dikelirukan oleh kitab-kitab terdahulu yang manusia itu campur tangan di dalamnya melalui kata-kata mereka sendiri, bukannya kata-kata Tuhan, katanya.
Malah yang lebih menarik adalah ucapan Napoleon ketika beliau mula-mula sampai di Palestin pada tahun 1799 sebelum bertempur dengan tentera Othmaniah.
Sambil mengenakan serban di kepalanya, Napoleon mengaku mengenai pengislamannya dan berkata: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Saya Bonaparte, Amir dari tentera Perancis. Kepada semua pemimpin tempatan, para mufti dan penduduk Gaza, Ramla dan Jaffa, semoga Allah melindungi kita semua, katanya.
Pengislaman Napoleon mungkin dapat diketahui lebih lanjut melalui sebuah lagi buku, iaitu Napoleon and Islam atau Bonapart et Islam oleh C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898- 7
Dalam buku itu, Napoleon dipetik sebagai berkata: Dalam masa terdekat ini, jika berpeluang, saya ingin menyatukan semua umat manusia melalui budaya yang baik (Islam) dan kerajaan yang memimpin rakyatnya melalui prinsip yang tertulis dalam al-Quran al Karim.
Undang-undang
Menyebut mengenai undang-undang, Napoleon sendiri mengakui akan keagungan undang-undang Islam iaitu syariah.
Lalu beliau mengguna pakai undang-undang itu semasa memerintah Perancis dan dipercayai hingga sekarang pengaruh dan elemen undang-undang syariah masih diguna pakai di negara itu.
Contoh yang paling ketara adalah apabila berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Al Fayed pada 1997.
Mengikut undang-undang lama Perancis, jurugambar yang sempat mengambil detik-detik berlakunya kemalangan dan kematian Puteri Diana itu dijatuhkan hukuman. Mereka disabit kesalahan kerana tidak membantu mangsa dan lebih mengutamakan untuk mengambil gambar.
Bentuk undang-undang dan hukuman ini jelas diambil daripada perundangan syariah Imam Malik.
Bagaimanapun, pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Manusia, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Zuraini Nordin berkata, terdapat pelbagai pendapat mengenai status agama dan pengislaman Napoleon.
Beliau berkata, pada asalnya panglima dan maharaja Perancis itu seorang yang berpegang kepada ajaran Deism iaitu tidak percaya kepada ajaran-ajaran Kristian seperti Original Sins (Dosa Warisan), mukjizat dan sebagainya.
Dia mengkritik ajaran Kristian itu sebagai hanya mementingkan aspek spiritual individu berbanding dengan Islam yang dia sendiri iktiraf sebagai agama yang rasional dan mementingkan ilmu - sains, katanya.
Maka tidak hairan jika Napoleon sangat-sangat menghargai agama Islam, menghormati orang Islam dan mengagumi keperibadian Nabi Muhammad itu sendiri.
Ini kerana beliau percaya Rasulullah bukan sahaja seorang pemimpin agung tetapi juga seorang penjajah yang ulung.
Jadi ia sangat sesuai dengan jiwanya sebagai seorang maharaja dan penjajah Perancis yang sangat bercita-cita tinggi, katanya.
Kata Zuraini, Napoleon ialah seorang yang banyak membaca mengenai Islam, al-Quran dan hadis Nabi dan beliau memupuk hubungan baik dengan para mufti dan ulama-ulama Al-Azhar semasa ekspedisinya di Mesir.
Napoleon mengiktiraf Islam sebagai satu sistem kepercayaan yang unggul dan beliau banyak mengadaptasikan undang-undang syariah ke dalam kod sivilnya yang dikenali sebagai Code Napoleon."
Dengan kod atau undang-undang itu Napoleon rasakan beliau dapat memberi manfaat kepada empayarnya dan rakyat Perancis."
Sebagai seorang raja, tidak dinafikan Napoleon seorang yang agak berjiwa rakyat dan semasa pemerintahannya banyak reformasi dilakukan untuk kepentingan rakyatnya, katanya.
Namun, menurut Zuraini, ada juga pihak yang menaruh rasa sangsi dan mempertikaikan mengenai pengislaman Napoleon itu.
Walaupun ada direkodkan mengenai pengislaman Napoleon, dipercayai tokoh ini hanya menaruh minat terhadap Islam."
Malah beliau mempergunakannya demi kepentingan diri dan meluaskan empayar, katanya.
Dakwaan ini tidak menghairankan kerana pengislaman seseorang di Eropah sering kali tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang ada kepentingan masing-masing.
Pertikaian ini sebenarnya membuka lembaran kepada kajian yang lebih mendalam bagi menentukan status agama anutan Napoleon.
Kepada Barat, mungkin terlalu sukar untuk mereka menerima hakikat ada tokoh sehebat Napoleon yang menerima kebenaran Islam.
Sedikit sebanyak ia memberikan tamparan kepada pelbagai sikap negatif mereka terhadap Islam selama ini.
Friday, October 06, 2006
Tarikh lahir Islam & Perilaku berdasarkan tarikh kelahiran Islam
http://www.islam.com/islamicdates.asp
klik kat link tu kalu korang nak tau korang lahir bulan aper dalam bulan islam....
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Thursday, October 05, 2006
Komen Zaid Ibrahim mengenai murtad

Maka berkatalah Zaid Ibrahim (gambar) dalam satu program SUHAKAM di Hotel Renaisance sempena Hari Hak Asasi,
"Kita tidak boleh berlagak macam Tuhan dengan mengatakan itu dosa ini pahala... Dalam parlimen, ada ahli yang mengatakan mesti ada undang-undang berkenaan murtad jika tidak, kita berdosa kerana membenarkan murtad. Itu bodoh...!"
Tambahnya lagi, "Isu Lina Joy bukannya bermaksud agama Islam sedang diancam. Ia tidak ada kaitan dengan agama. Dia (Lina Joy) hanya memohon agar perkataan Islam dibuang dari kad pengenalannya dan biarkan mahkamah yang menentukan. Ia adalah isu undang-undang, bukan isu agama!"
Wednesday, October 04, 2006
Fatwa Pelaburan ASB Tidak Syarie Oleh Mufti Selangor
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=1155
di dalam laman e-Fatwa.
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :
1.1. Adakah wajib dikeluarkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB?
1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah?
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
Keputusan :
1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya:
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya:
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.
Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.
Sunday, September 24, 2006
Waktu-waktu mustajab Berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-
- Semasa Lailatul-Qadar.
- Ketika hujan turun.
- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
- Di tengah malam.
- Di antara azan dan iqamah.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika iktidal akhir dalam solat.
- Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
GARDENIA - Pengeluar Daging Babi Terbesar di Australia
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, warkah ini disalin dan dikirimkan kepada masyarakat kita untuk memberi perhatian kepada satu kegiatan yang menyalahi Hukum Syarak oleh sesebuah syarikat perniagaan.
Amat terkejut dan terperanjat apabila membaca satu artikel oleh Goola
Warden dalam The Edge Singapore bertarikh 12 Januari 2004 yang mendedahkan bahawa QAF Limited ataupun dikenalai sebagai GARDENIA adalah pengeluar DAGING BABI terbesar di Australia dan Singapura. Perniagaan DAGING BABI adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan GARDENIA.
Sejak membaca risalah tersebut, fikiran saya terganggu memikirkan bahawa saya telah menjadi mangsa perbuatan aniaya, tidak jujur dan tamak syarikat GARDENIA. Dengan serta-merta, saya telah memberi amaran kepada keluarga, rakan dan taulan supaya tidak lagi membeli barangan keluaran GARDENIA. Jangan kita yang telah mengetahuinya terus menerus meletakkan dosa dibahu kita dan ahli masyarakat orang Muslim.
Sebagai hamba Allah, adalah tanggungjawab saya untuk menyerlahkan
situasi sebenar dan mengambil tindakan untuk menyaran kepada semua umat Islam supaya memberhentikan pembelian roti berjenama GARDENIA dengan serta merta dan masa hadapan. Syarikat ini secara langsung ataupun secara tidak langsung tidak menunjukkan rasa hormat dan keperhatinan kepada kaum masyarakat Islam.
Saudara saudari sekalian, marilah kita berkongsi pengetahuan ini dengan
rakan taulan Islam kita dan saya percara, sebagai umat Islam yang baik,
saudara saudari akan mengambil tindakan yang sebenar untuk muslimat dan musliman yang belum berpeluang mengetahui hal yang sebenar.
Semoga seluruh umat Islam bersatu tenaga dan kepercayaan untuk
menghapuskan kesangsian yang terbukti benar untuk kebaikan semua umat Islam.
Mohon keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t yang membuka pintu hati
kita
dengan segala KebesaranNya.
Allahuakbar...Allahuakbar...Alllllllahuakbar...!!
RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surahtersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kaliuntuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan mahakuasa,semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang solehdan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang akudapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yangberiman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai 7 orang atau lebih,tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikandakwahini kerana Allah.

