Thursday, March 20, 2008

Rantai tangkai iblis

KUALA LUMPUR: Ia digelar rantai tangkai iblis, tetapi segelintir Mat Rempit yang gila fesyen kini gemar memakainya kerana percaya mereka boleh menjadi kebal.

Rantai mirip kalimah Allah dengan ditambah lambang serampang syaitan itu dijual pada harga sekitar RM15 hingga RM20 satu.

Mat Rempit, terutama remaja, percaya rantai itu dapat memberi keberanian luar biasa selain pendinding daripada kecederaan jika terbabit kemalangan.

Kegilaan terhadap tangkal itu mula menular selepas khabar angin berhubung kewujudannya tersebar dari mulut ke mulut sebelum ia menjadi buruan segelintir kaki lumba motosikal itu.


Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diminta pendapatnya ketika ditemui Harian Metro semalam terkejut berhubung kewujudan rantai tangkal yang mempunyai tulisan seakan kalimah Allah itu.

Menurutnya, umat Islam yang memakai rantai seperti itu boleh dianggap syirik kerana menyekutukan Allah.

“Apa juga jenis perhiasan di tubuh yang mempunyai kalimah Allah tidak boleh dipakai...inikan pula kalimah bercanggah dengan kalimah sebenar.

“Sekali imbas memang rantai itu nampak seperti kalimah Allah, tetapi jika diperhatikan betul-betul, ia menyerupai lambang agama lain,” katanya.

Katanya, rantai berkenaan secara terang-terangan mempersenda agama Islam dan beliau menasihati orang ramai, terutama umat Islam supaya tidak memakainya.

Peniaga pula dinasihati menghentikan penjualan rantai itu untuk mengelakkan kekeliruan.

“Haram bagi peniaga Islam menjual rantai terbabit dan sekiranya rantai itu masih lagi dalam simpanan, pihak berkuasa patut mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Harian Metro mengesan kewujudan rantai itu melalui pendedahan seorang ‘Mat Rempit’ remaja yang mahu dikenali sebagai Yus, 19.

Menurut Yus, rantai terbabit dijual di beberapa gerai menjual produk aksesori dan pakaian sekitar ibu kota, terutama di Jalan Silang dan Bukit Bintang.

“Kebanyakan ‘Mat Rempit’ remaja yang membelinya menyangka ia kalimah Allah tanpa menyedari rantai tangkal iblis itu menyeret mereka ke arah dosa besar.

“Biasanya ada antara kami memakainya untuk suka-suka seperti golongan penganut Kristian yang memakai salib. Namun, tiada seorang pun daripada kami menyedari rantai berkenaan dihasilkan khusus untuk menyesatkan golongan belia Islam.

“Kami biasanya mudah tertarik kepada fesyen seperti jenama baju, seluar, topi dan kasut hingga kepada fesyen rambut serta aksesori rantai. Mungkin minat terhadap benda sebegini menyebabkan kami mudah terjurumus perbuatan syirik,” katanya.

Dia pernah menemankan seorang rakan membeli rantai terbabit dari sebuah kedai di tingkat satu Kompleks Kota Raya minggu lalu.

Selepas tawar menawar, mereka dapat membeli rantai itu pada harga RM15 daripada peniaga wanita bukan Islam.

Rakannya terus memakainya dengan bangga kerana menyangka ia simbol kalimah Allah.

“Bagaimanapun, seorang peniaga berhampiran Bandar Tun Razak yang terserempak ketika kami minum lalu menasihatkan kami supaya menanggalkannya kerana didakwa berdosa.

“Sejak itu kami sedar ia salah dan berdosa sebelum mengambil keputusan membuangnya,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro menunjukkan contoh rantai tangkal berkenaan.

Menurut Yus, dia bimbang ramai rakannya yang cetek agama masih memakai rantai berkenaan kerana beranggapan ia menonjolkan ciri kumpulan ‘Mat Motor’ yang dianggotai mereka.

“Saya mengaku ramai antara kami tidak pernah bersembahyang...jauh sekali mendekati masjid. Malah, ramai yang pernah terbabit seks bebas dan arak atau dadah,” katanya.

Yus yang bekerja sebagai penghantar makanan segera secara sambilan mendakwa beberapa kali cuba kembali ke pangkal jalan, namun sering termakan pujukan rakan agar kembali terpesong ke jalan yang tidak diredai.

Dia cuma harap pendedahannya berhubung rantai itu sedikit sebanyak dapat memelihara akidah sebahagian daripada golongan sepertinya yang jahil agama.

Produk Coffee Bean & Starbucks mempunyai E471 ( dari babi )





Assalamualaikum,
Saya personally boycott Starbucks sebab mereka menyumbangkan 10 % hingga 15 % hasil jualan setiap tahun kepada Israel untuk tujuan Defense Development ( senjata ).

Sekarang ada satu lagi sebab.

Mesej ini disampaikan oleh rakan saya untuk mendapat confirmation Sahabat SIM di sini.

HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO 9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.
Please pass this message to our muslim friends.
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information.
Thank you

Kronologi kehancuran UMNO dapat dilihat kepada tanda-tanda/situasi berikut:

Ramai ahli parlimen BE END sedang berkira-kira untuk bertukar kepada PKR atau PAS selepas melihat perkembangan semasa yang berlaku dalam BE END.

Kronologi kehancuran UMNO dapat dilihat kepada tanda-tanda/situasi berikut:
  1. Mukhriz hantar surat mengesa Pak Lah resign.
  2. Tengku Razaleigh hantar surat kepada semua Ketua Umno Bahagian menuntut diadakan Perhimpunan Khas (EGM).
  3. Rafidah Aziz mengantar surat peribadi surat setebal 16 halaman pada Pak Lah dan kecewa selepas Pak Lah tidak menamakan wakil Wanita dalam kabinet baru 2008.
  4. Setiausaha Agong UMNO dan BN (Dato Seri Radzi Sheikh Ahmad) letak jawatan.
  5. Khir Toyo letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.
  6. Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman menolak menjadi ahli kabinet Pak Lah.
  7. Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang secara terbuka menyatakan kesediaan menerajui dan merawat UMNO.
  8. Dan terbaru Tun Mahathir akan keluarkan kenyataan tergempar terbaru.

Kita tungguuuuuu...apa kesudahannya.

UNDURLAH PAK LAH
































Saturday, March 15, 2008

Sedih bila baca keratan akhbar ini.

Dibawah ini artikel yang saya ambil dalam Harian Metro berkenaan kematian seorang perempuan melayu yang mati dibunuh teman lelakinya akibat cemburu. Persoalannya bukan sebab kematian tetapi berkenaan dengan kehidupannya di kota raya yang penuh dengan dugaan. Bacalah dan nilai sendiri

KUALA LUMPUR: “Mak cik boleh maafkan kesalahan dia, tapi tidak boleh lupakan perbuatan kejamnya itu,” kata ibu kepada Siti Hajar Abdul Razak, 27, pelayan kelab malam yang dibunuh di sebuah kondominium di Pandan Indah di sini, kelmarin.Halimah Shaari, 60-an, berkata lelaki terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh anaknya. “Walaupun diberi peluang, mak cik tidak mahu tengok muka dia. Biar undang-undang yang menghukum perbuatannya.“Saya tidak pernah diberitahu Siti Hajar mempunyai teman lelaki,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, semalam.

Dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki yang mendakwa teman lelaki Siti Hajar tampil ke Balai Polis Pandan Indah dan mengaku membunuh mangsa, Ahad lalu.

Harian Metro difahamkan, suspek yang tinggal serumah dengan mangsa dikatakan melarikan diri ke kampungnya di Negeri Sembilan, sebelum memberitahu keluarga mengenai perbuatannya. Halimah berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Siti Hajar selepas dihubungi seorang anaknya yang tinggal di ibu kota, awal pagi semalam.Menurutnya, kali terakhir anaknya pulang ke kampung di Kampung Baru, Kepala 20, Perlis pada Februari lalu selepas tidak pulang menyambut hari raya bersama keluarga.

“Siti Hajar adalah anak keempat daripada lima beradik dan selalu membantu keluarga dengan memberi duit belanja setiap bulan.“Saya sekeluarga reda di atas apa yang menimpa Siti Hajar dan menganggapnya ketentuan Ilahi,” katanya.

Suspek didakwa membunuh mangsa selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Sementara itu, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Bertudung tapi belakang.......hancus





Lagi kes gadis melayu dengan anjing




Kerja baru Samy Vellu


Mana abang Khir?


Nilah gambar masa Normala Samsudin kena kejar dek lembu...


Undurlah




Lagi desakan undur





Desakan agar Pak Lah undur






Surat Mukhriz pada Pak Lah



Wednesday, March 12, 2008

Inilah kekuatan sebenar DAP





Tengoklah semua orang melayu
Betapa kuat dan bersatunya mereka dalam menjatuhkan kuasa melayu di Pulau Pinang.
Masih tidak sedarkah lagi kita...?

Inilah pemimpin Islam sebenar







]


S









Sewaktu ramai antara kita yang lena diulit mimpi, pada 7hb Mac (mlm Jumaat) jam 3.30pagi sehari sebelum hari pengundian, lebih 50,000 rakyat Kelantan dari seluruh pelusuk 'tanah serendah sekebun bunga' ini berkumpul di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu untuk bermunajat agar satu-satunya pentadbiran berdasarkan Islam dapat dipertahankan. Ni la baru betul2 kepimpinan ISLAM!!!! Negeri lain ade buat camni?? Jangan harap... TAKBIR!!!!

TERSENTUH HATI SESIAPA SAHAJA YANG MELIHATNYA..WALAUPUN X DPT UNTUK SERTAI MAJLIS ALLAH NI..MANA IMAM HADHARI??APA YANG DIA MOHON UNTUK ALLAH PERTAHANKAN BN

Friday, February 22, 2008

Dah la berbaju melayu...memalukan.


Mi pembunuh tanpa disedari..


Dunia hampir kiamat part 2

Ape dah jadi......Ini lah yg berlaku di Indonesia (pancasila)...
Ust. ada bertanya kpd penduduk di sana, mengapa kubur org kafir & orgIslam di tanam setempat?
Jawab penduduk di sana: "....takkan lah malaikat tak tau membezakan kubur org Islam & org bukanIslam..?"


Dunia dah menghampiri kiamat part 1..