Thursday, March 29, 2007

LELAKI DAN WANITA

Sekadar untuk renungan semua... setiap kejadian kita sama ada dari kaum Adam atau Hawa, sama-sama ada kelebihan dan peranan masing-masing di atas mukabumi Allah ini. Mari kita fikirkan sejenak:-
  1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis
    bujang ditanggung oleh bapanya.
  2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
    belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
  3. Hukum Islam menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
    sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
  4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
    boleh membantu. Suami pula tidak boleh menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Walaupun tanggungjawab lelaki dilihat begitu banyak, namun orang lelaki tetap ada pelbagai keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan tidak ada pada wanita .

Wanita

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki iaitu meliputi seluruh badan
    kecuali muka dan dua tapak tangan.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak
    sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dengan seorg wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Sewaktu peristiwa Isra' dan Mikraj Rasulullah SAW melihat kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita. Beringatlah wahai wanita....Bersyukurlah kita kerana bergelar 'Wanita' dan bersyukurlah antum kerana bergelar 'Lelaki'. Setiap satu kejadian Allah SWT pasti ada hikmahnya....carilah ia.......

Wassalam