Saturday, February 18, 2012

Selain Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan di Bukit Merah, Perak


Mangsa radiasi Perak sokong himpunan anti-Lynas.

Satu NGO anti pencemaran radiasi Perak akan mengadakan perhimpunan di tapak penapisan nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) di negeri itu sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0.

Perak Anti Radioactive Committee akan mengadakan perhimpunan itu pada 26 Februari di Bukit Merah, Perak, serentak dengan Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Gebeng, Kuantan.

Pengerusi NGO itu, Hew Yun Tat memberitahu Malaysiakini bahawa perhimpunan itu akan dijalankan di Perak kerana pengikutnya sukar untuk menyertai perhimpunan anti-Lynas di Gebeng itu.

Tapak ARE – yang kini ditutup sejak dua dekad lalu – menjadi tumpuan kepada salah satu operasi pembersihan radioaktif terbesar di Asia Tenggara.

Penduduk di kawasan itu mendawak masih mengalami kesan radiasi daripada tapak tersebut, termasuk leukaemia dan kecacatan bayi ketika kelahiran.

ARE yang ditubuhkan untuk mendapatkan nadir bumi daripada amang bijih timah, sering ditimbulkan dalam kempen anti-Lynas peringatan kepada kesan yang boleh timbul daripada perusahaan nadir bumi

Thursday, February 16, 2012

Fracisco Lentini yang berkaki 3 dan 2 alat kelamin.



Inilah dia Fracisco Lentini, lelaki berkaki tiga yang lahir pada 1889 dan meninggal pada 1966. Dilahirkan dengan 3 kaki, 16 jari kaki dan 2 alat kelamin yang berfungsi secara normal dan aktif.



Wednesday, February 15, 2012

Umat Islam haram sertai urus niaga forex

KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.

kredit : sinarharian.com.my