Thursday, September 04, 2008

Al-Fatihah buat Pak Samad Ismail..


Utusan Malaysia melaporkan, Tokoh Kewartawanan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 5.58 petang ini kerana jangkitan paru-paru dan kegagalan buah pinggang.

Pak Samad, 84, dirawat di pusat itu sejak 24 Ogos 2008. Sepanjang tempoh itu beliau terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan.


Saya teringat kata pendahuluan yang pernah ditulis oleh Pak Samad dalam buku "Memoir Pak Sako, Putera Gunung Tahan":

"Sebagai remaja, model saya bukan wartawan atau sasterawan di Amerika atau Eropah. Model saya ialah Pak Sako dan Kajai. Malah Pak Sako menjadi wira generasi muda sebelum perang.. Sako ketika itu seorang anak muda yang gagah dan tampan. Dia juga menempa nama sebagai wartawan, juga sebagai nasionalis yang mempunyai karismanya sendiri"

Begitulah Pak Sako sebagai idola Pak Samad dan Rahim Kajai sebagai Bosnya...dan sekarang dia telah tiada, maka hilanglah satu lagi permata tanahair negara yang bernilai.

Mudah-mudahan roh Pak Samad akan dicucuri rahmat Allah SWT jua. Al-Fatehah!

No comments: