Sila baca perkembangan terbaru dibawah:
Guan Eng Minta Kerajaan Dan Polis Bebaskan Wartawan Dan Teresa Kok
PULAU PINANG, 13 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta supaya kerajaan dan polis membebaskan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Anggota Parlimen DAP, Teresa Kok yang ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau berkata, tindakan menahan mereka dilihat seolah-olah kerajaan dalam keadaan terdesak terutamanya menjelang tarikh 16 Sept ini, tarikh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan mengambil alih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
"Sementara pemberita berkenaan hanya menjalankan tugasnya dan tidak sepatutnya beliau dipersalahkan," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.
Sehubungan itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti itu akan membincangkan mengenai perkara tersebut pada mesyuarat parti hari ini di Kuala Lumpur.
Kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.
Mereka berkumpul sejak pukul 9.30 malam sebaik sahaja mengetahui mengenai penahanan Tan oleh polis Bukit Aman di rumahnya di Bukit Mertajam pada kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Beberapa pemimpin PAS juga dilihat berada di kawasan itu.
Keadaan di situ terkawal dan anggota polis Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat turut berada di bahagian dalam IPK untuk mengawal keadaan.-- BERNAMA
Apa yang memusykilkan saya kenapa tidak disebut juga nama Raja Petra yang diturut ditahan ISA. Di sini jelas sekali kalau melibatkan kaum mereka, mereka akan bersatu membela ahli kaum mereka sahaja. Tapi kita......(kau jawablah sendiri).
No comments:
Post a Comment