Warta Perdana TV3 malam tadi menyiarkan seorang ibu (seorang doktor yang bersuamikan Mat Saleh mualaf) membuat laporan dan menuntut diambil tindakan kepada guru agama yang menayangkan filem 18SP semasa proses P&P anaknya di sekolah.
Filem yang ditayangkan oleh ustazah tersebut ialah tentang azab siksa bagi orang yang meninggalkan solat. Filem tersebut menunjukkan bagaimana mayat yang berada dalam kubur didatangi ular besar yang menyiksa mayat tersebut.
Dalam warta perdana itu ibu-bapa tersebut menuntut agar tayangan seumpama itu tidak dibenarkan di dalam sesi pengajaran. Ini kerana dakwa mereka, selepas menyaksikan filem tersebut anak mereka berubah sama sekali. Mereka juga minta supaya disiasat pengeluar filem tersebut.
Apa nak jadi dengan orang yang mendakwa beragama islam di Malaysia sekarang ni? Mereka seolah-olah tidak memahami islam. Malang lagi mereka ini berusaha untuk menyekat generasi muda dan kanak-kanak islam memahami dan menghayati ajaran islam. Mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang memainkan peranan di belakang mereka ini. Mereka tak mahu anak mereka fikir dan bayangkan tentang dosa dan pahala, nikmat dan siksa, syurga dan neraka. Mereka tak kisah sekiranya anak-anak mereka dihidangkan dengan hiburan yang melampau.
Inilah yang berlaku dalam negara kita sekarang yang menjadikan islam hanya pada majlis perasmian sahaja. acara-acara rasmi. tak mustahil nanti ustazah tersebut akan diambil tindakan. kita tunggu dan lihat. ada atau tidak mereka yang membela tindakan guru ini.
Timbul rasa geram dalam hati bila melihat perkara seumpama ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Inilah akibatnya bila islam yang kita anuti ini hanya warisan dari orang tua kita seperti kita mewarisi dari mereka pertuturan, budaya, makanan dan lain-lain.
Terasa takut sekiranya hanya secara kebetulan sahaja kita ini menjadi islam sebagai mana secara kebetulan sahaja kita menjadi melayu, cina, india dan sebagainya......
OH... MALANGNYA NASIB............
http://www.youtube.com/watch?v=AJI_z_pxtU0
No comments:
Post a Comment