Wednesday, May 21, 2014
Wednesday, April 23, 2014
6 Gambar Bekas penyanyi rap Jerman mati berjihad di Syria.

Seorang bekas penyanyi
rap Jerman, Denis Mamadou Cuspert yang menyertai kumpulan jihad di Syria telah
mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan
oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan
semalam.
Cuspert yang
menggunakan nama pentas, Deso Dogg dan menukar namanya kepada Abu Talha
al-Almani selepas memeluk Islam dilaporkan terbunuh dalam serangan di wilayah
timur pada Ahad lalu.

Dia yang menyertai
perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) terbunuh dalam dua
serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.
Beliau memulakan karier rapnya pada
tahun 1995 dan berhenti pada tahun 2010 setelah masuk Islam. Meskipun baru memeluk Islam tetapi
keyakinan dan tauhidnya yang begitu mendalam telah membuatkan dirinya begitu
yakin sehingga tanpa ragu-ragu telah membuat keputusan untuk berjihad di jalan
Allah. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para syuhada’.


Berita berhubung
kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forum kumpulan itu.
"Kami dengan
sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan
semoga dia diterima Tuhan.
"Dia meninggal
dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota
tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang
ISIS," tambahnya.
Lebih 150,000 orang
terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk
mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.
Namun, tunjuk perasaan
itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan
terhadap mereka. - Agensi (Al-fatihah).
Tuesday, April 08, 2014
6 Gambar raut wajah mujahidin muda yang syahid berjuang!
Abu Khurayra Al-Kazakh adalah seorang mujahid muda berusia 19 tahun asal Kazakhstan yang turut berjihad melawan rezim Nushairiyah di Syria bersama Jaish Al-Muhajirin wal Anshar.
Khabar syahidnya Abu Khurayra datang bersamaan dengan khabar syahidnya dua Mujahidin lainnya yang berasal dari Tajikistan dan Dagestan, mereka dilaporkan gugur baru-baru ini saat melancarkan jihad di Syria, menurut Akhbar Sham, sebuah laman web berbahasa Rusia yang menyokong Jaish Al-Muhajirin wal Ansar, sebuah kelompok mujahidin asing yang dipimpin oleh komandan dari Kaukasus.
Akhbar Sham melaporkan bahawa Abu Khurayra Al-Kazakh, Abu Ahmad Al-Tajik, dan Ismail Al-Dagestan telah gugur syahid di Syria, Ketiganya dikhabarkan berjuang bersama Jaish Muhajirin wal Anshar, Abu Ahmad Al-Tajik bertempur di Brigade Imarah Kaukasus. Al-fatihah
Sumber:
http://brotherssam.blogspot.com/2014/04/sayu-6-gambar-raut-wajah-mujahidin-muda.html?spref=fb
Saturday, March 29, 2014
Mungkin sejarah akan berulang
Kerajaan Malaysia sudah mengisytiharkan MH370 menamatkan perjalanannya di Lautan Hindi yang mempunyai kedalaman 7 km itu.
Mengikut logik akal tak mungkin penumpang dan kru sebuah pesawat yang hilang selama 20 hari di laut masih boleh bertahan. Lainlah kalau jatuh dalam hutan yang banyak dusun dan pokok.
Tapi kadang-kadang kita terlupa logik akal manusia tak sama dengan logik ketentuan Allah. InfoDalamTalian kongsikan kisah benar ini, kisah benar kehilangan sebuah pesawat Uruguay yang hilang selama 72 hari pada 1972. Mungkin ramai yang pernah membaca kisah benar ini:
Kisah benar ini terjadi pada suatu musim dingin di bulan Oktober 1972. Sebuah pesawat Uruguay Air Force Flight 571 yang membawa seramai 40 orang pemain rugbi dan kaum keluarga mereka dan 5 kru penerbangan dalam perjalanan menuju Peru untuk satu perlawanan ragbi.
Malangnya, pesawat tersebut terhempas di suatu kawasan pergunungan Andes berdekatan Chile pada 13 Oktober 1972. Daripada 40 penumpang hanya 29 penumpang yang selamat ketika pesawat terhempas. Tapi suhu dingin luar biasa dan ketiadaan ubat menyebabkan seorang demi seorang meninggal dunia. Akhirnya mangsa yang tinggal dan masih hidup cuma 16 orang saja.
Operasi menyelamat telah dijalankan oleh kerajaan Uruguay, tapi semua mangsa gagal ditemui. Akhirnya selepas kira-kira 10 hari, operasi penyelamat telah dihentikan kerana kerajaan Uruguay menganggap mangsa pesawat terhempas itu mustahil dapat hidup dalam kawasan pergunungan yang sukar dimasuki dan bersalji tebal itu. Pencarian dari udara hanya melihat seperti gurun yang diliputi hamparan salji yang luas memutih di antara kemuncak gunung. Mana mungkin mengikut logik akal dan logik sains ada manusia boleh hidup dalam ketinggian 3,600 meter di atas permukaan laut di musim sedingin itu?
16 mangsa yang terselamat itu hanya memakai pakaian seadanya. Bekalan makanan sangat terhad dan akhirnya mereka kehabisan makanan. Bagaimana caranya untuk meneruskan kehidupan tanpa makanan?
Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk meneruskan hidup dengan memakan daging rakan-rakan mereka yang telah mati! Apa nak buat, itu saja pilihan yang ada.
Selepas genap dua bulan terperosok di celah gunung bersalji itu, 3 orang mangsa menyedari, satu-satunya jalan keluar dari kesengsaraan itu adalah dengan memanjat gunung yang sukar itu bagi mendapatkan bantuan.
Pada 12 Disember 1972, Parrado, Canessa dan VizintÃn memulakan perjalanan memanjat gunung Andes cuma berbekalkan beg tidur (sleeping bag) bagi melindungi tubuh dari kesejukan melampau.
Perjalanan tiga sahabat itu menempuh pelbagai laluan sukar dan hanya bergantung kepada beg tidur itu sahaja untuk memanaskan badan selain oksigen yang semakin tipis. Suatu hari selepas begitu lama berjalan, mereka melihat seperti ada tanda-tanda kehadiran manusia bila ternampak perkhemahan dan beberapa ekor lembu.
Pada hari kesembilan berjalan, 3 orang sahabat itu ternampak seorang lelaki menunggang kuda tidak jauh dari sebatang sungai. Akhirnya penduduk kampung menemui mereka yang telah diisytiharkan kerajaan sebagai mati itu dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak berdaya.
Kerajaan Uruguay kemudiannya menjalankan operasi menyelamat secara besar-besaran bagi menyelamatkan 13 mangsa lagi yang masih terperangkap selama 72 hari di lubuk salji yang luas itu. Pada 22 Disember, akibat cuaca buruk, hanya dua buah helikopter mampu untuk mengambil separuh daripada mangsa yang terselamat. Pada pagi 23 Disember kesemua 16 mangsa telah dapat diselamatkan. Semua mangsa telah dibawa ke hospital di Santiago dan dirawat untuk penyakit dehidrasi, radang dingin, kepatahan tulang, skurvi dan malnutrisi.
Jika tidak kerana ketabahan Parrado, Canessa dan VizintÃn, mungkin 13 rakan-rakan yang masih berada di sisi pesawat remuk itu tidak dapat diselamatkan. Kisah ini pernah di lakonkan semula dengan tajuk Alive pada tahun 1993
Dan MH370? Mungkinkah akan berlaku satu lagi keajaiban seperti yang berlaku kepada 16 orang mangsa kemalangan pesawat Uruguay itu? Jika terperangkap dalam salji sejuk selama 72 hari dan diisytiharkan mati oleh kerajaan Uruguay masih ada jalan keluar untuk menemui keluarga mereka, mungkinkah perkara sama akan berlaku pada penumpang dan kru MH370?
Kadang-kadang logik akal manusia yang bersandarkan logik sains tak sama dengan logik kekuasaan Tuhan. Kalau mengikut logik akal 16 penumpang pesawat Uruguay itu tak mungkin boleh hidup. Kalau mengikut logik akal juga tak mungkin Nabi Yunus selamat berada di dalam perut ikan nun. Tapi kuasa doa melebihi logik akal...
Sumber:
http://akubarubelajarmenulis.blogspot.com/2014/03/mungkinkah-sejarah-akan-berulang.html
Sumber:
http://akubarubelajarmenulis.blogspot.com/2014/03/mungkinkah-sejarah-akan-berulang.html
Al Fatihah kepada penumpang MH370..
Seperti yang kita sedia maklum sampai sekarang selepas 21 hari bangkai pesawat MH370 masih belum dijumpai sepenuhnya kecuali kedengaran beberapa laporan yang mengatakan serpihan bertaburan berdekatan perairan Perth Australia. Walaupun pihak kerajaan telahpun memaklumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di lautan Hindi tetapi banyak teori dan spekulasi berlegar di internet. Itu semua belum boleh disahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan. Sama-samalah kita berdoa agar keajaiban berlaku kepada penumpang pesawat berkenaan. Hanya Allah lah tempat kira memohon dan kepadaNya juga kuasa yang menentukan segala-galanya.
Saturday, February 22, 2014
Mungkin masih ramai yang belum tahu siapakah gambar Agung yang berada di dalam duit Malaysia kan?? dan dari mana asal usul gambar tersebut diambil.. Di sini sy nak kongsikan bersama anda semua asal usul gambar agung yang terdapat pada duit Malaysia ok
Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.
Di atas merupakan kisah di sebalik wajah Agung yang berada di matawang Malaysia... Hebat kan?? adakah anda tahu tentang itu?? tentu ramai yang tak tahu kan??
Pada matawang Malaysia, tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama yaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad ( Jangan dikelirukan dengan Tunku Abdul Rahman) dari Negeri Sembilan.
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) adalah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18, orang Minang meminta izin keSultan Johor agar pemerintah melindungi mereka. Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.
Raja pertama Pagaruyung menghantar anaknya, Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).
Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.
Friday, February 14, 2014
Monday, February 10, 2014
Jadual Takwim Puasa Wajib Dan Sunat 2014 Di Malaysia
Jadual takwim puasa wajib dan sunat tahun 2014 di Malaysia. Pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) telah mengeluarkan jadual rasmi puasa yang dianjurkan islam bagi tahun 2014 bersamaan dengan 1435H/1436H bersesuaian dengan kalendar Masihi dan Hijriyah. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat islam di Malaysia.
Jadual Takwim Puasa Wajib Dan Sunat 2014 Di Malaysia
Sila Klik jadual di bawah untuk paparan lebih jelas
Sumber: Jadual Takwim Puasa Wajib Dan Sunat 2014 Di Malaysia | melvister.com
INFO : 10 MAKANAN YANG PERLU ANDA AMBIL KETIKA BADAN PANAS, SELESEMA, DEMAM
Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.
Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.
Kunyit
Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.
Halia
Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.
Madu
Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.
Ikan
Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.
Tiram
Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.
Anise Seeds
Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.
Beri Biru
Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.
Sayuran Hijau
Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema.
Sumber:
Saturday, February 01, 2014
Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu
Gambar Hiasan
Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.
Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran.
Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana-mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, menamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta-fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.
Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh seperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:
1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.
2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.
3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu bererti tuhan + Bhagat bererti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI bererti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
4. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.
5. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.
6. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.
7. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.
8. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.
9. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).
10. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.
Kredit kepada: http://fakhta-marzuki.blogspot.com/
Menakjubkan Sungai Berwarna Hijau di Canada
Ia berlaku pada December 29, 2010, di Victoria’s Goldstream Park. Tba-tiba air sungai itu bertukar menjadi warna hijau neon. Ia berlaku hanya beberapa jam sahaja dan selepas itu hilang. Setelah menganalisis air tersebut Kementerian Alam Sekitar Canada mengeluarkan kenyataan ia disebabkan tindabalas kimia yang dikenali sebagai “fluorescein”. Walaubagaimanapun sebab sebenar masih menjadi misteri sampai sekarang.
Monday, January 27, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































