Wednesday, August 02, 2006

Bahaya Penggunaan Kosmetik Untuk Barangan Jagaan Rambut

Barangan Jagaan Rambut

Syampu
Syampu merupakan bahan pencuci rambut yang baru diperkenalkan kerana sebelum ini manusia menggunakan sabun untuk mencuci rambut. Pada tahun 1930, syampu dalam bentuk cecair mula diperkenal dan dipasarkan. Seterusnya diikuti keluaran dalam bentuk krim dan krim cecair. Tujuan penggunaan syampu pelbagai, antaranya untuk rawatan rambut terbelah dihujung, kelemumur dan rambut yang bermasalah. Syampu bersabun yang dipasarkan sekarang mengandungi lebih kurang 25 peratus minyak kelapa, sedikit minyak zaiton, 15 peratus alkohol dan 50 peratus sodium lauril sulfat dan 40 peratus air.

Walau bagaimanapun pada masa ini, syampu berasaskan sabun semakin kurang dikeluarkan sebaliknya digantikan dengan sabun sintetik. Syampu cecair merupakan yang paling popular. Biasanya syampu cecair mengandungi bahan pencuci seperti trietanolamin dodesilbenzin sulfonat, etanolamin laurik asid, pewangi dan air. Kandungan agen penambah (contohnya, selenium, asid salisilat dan resorsinol dalam sediaan anti kelemumur, pewarna, pewangi, pengawet) yang dirumuskan dalam syampu tidak begitu tinggi sehingga boleh menyebabkan keracunan kulit. Namun sesetengah agen berkenaan boleh mengakibatkan alergik pada kulit.

Sekiranya terminum antara 5 hingga 15 ml atau gm/kg berat, badan boleh menyebabkan keracunan yang ringan. Kerengsaan perut, mual dan muntah boleh terjadi. Susu boleh diberikan untuk mencairkan syampu di dalam perut.

Barangan peluntur rambut
Barangan peluntur rambut mengandungi pelbagai bahan kimia. Barangan jenis serbuk dan losyen dianggap sederhana bahayanya dan jika tertelan boleh menyebabkan gangguan gastrousus. Mangsa perlu bertindak dengan membasuh mulutnya dengan air yang banyak, kemudian dibawa untuk mendapat pemeriksaan doktor.

Barangan pengkerinting rambut
Pemprosesan barangan pengkeringting rambut melibatkan penggunaan berbagai bahan kimia. Bahan kimia yang boleh membahayakan adalah sulfit, bromat dan tioglikolat yang terdapat dalam losyen mengkerinting serta hidrogen peroksida yang bertindak sebagai neutralizer. Keracunan serius pernah berlaku pada kanak-kanak berusia 1.5 hingga 3 tahun yang menelan losyen kerinting rambut yang mengandungi bromat. Salah satu komplikasi yang dialami adalah buah pinggang gagal berfungsi. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian. Hidrogen peroksida yang digunakan dalam barangan pengkeringting rambut berkepekatan sebanyak 9 peratus. Pada kepekatan ini, jika tertelan, ia tidaklah membimbangkan kecuali jika melibatkan isipadu yang banyak. Hidrogen peroksida boleh membebaskan oksigen dengan banyak sehingga menyebabkan ketegangan atau pengembangan perut. Keadaan ini akan membuatkan mangsa mengalami kesakitan perut.

Barangan pelurus rambut
Barangan pelurus rambut mengandungi bahan kimia yang lebih kuat pada kepekatan yang lebih tinggi daripada barangan pengkerinting rambut. Barangan pelurus rambut biasanya mengandungi natrium hidroksida pada kepekatan 1 hingga 3 peratus dengan nilai pH 13. Arahan penggunaannya haruslah diikuti dengan teliti bagi mengelakkan iritasi atau radangan pada kulit dan mata. Jika tertelan, ia boleh membakar sistem penghadaman kita terutama di bahagian esofagus. Untuk mengatasi masalah ini, pengguna digalakkan minum air biasa atau susu untuk mencairkannya. Pemeriksaan doktor juga perlu, bagi mengelakkan komplikasi.

Penyembur rambut
Penyembur rambut digunakan untuk mengawal keadaan rambut. Ini adalah barangan penjagaan rambut yang paling digemari. Pelarut yang digunakan biasanya sejenis alkohol yang berkepekatan sehingga 95 peratus. Jika tertelan, pelarut alkohol tersebut boleh mengakibatkan seseorang mengalami pening kepala. Kesan lain adalah sama seperti kesan keracunan alkohol.

Pelembut rambut, krim pembilas dan bahan dandanan rambut
Walaupun pelembut rambut, krim pembilas dan bahan dandanan rambut mengandungi berbagai jenis bahan kimia namun secara amnya barangan ini dianggap tidak berbahaya jika tertelan. Jika kandungan alkoholnya tinggi, kesan yang mungkin dialami hanyalah berbentuk gangguan perut.

Kosmetik SS-II mengandungi minyak/lemak KHINZIR

Dear, friend!

Kepada Semua pengguna Kosmetik, Sekiranya puan menggunakan kosmetik SS-II Citranita, berwaspadalah kerana:

1. Sabun Muka dan Krim Malamnya dibuat dari Thailand dan tidak mempunyai kelulusan BPFK dari Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Disyaki semua serumnya mengandungi minyak atau lemak KHINZIR.

3. Sebab itulah sehingga 3 tahun beroperasi, sehingga kini masih tidak mempunyai sijil MAL atau menggunakan sijil yang dibenarkan kepada syarikat lain.

CUBA ELAKKAN DARI MENGGUNAKANNYA

Sunday, July 02, 2006

Bananas... This is very interesting.

After Reading THIS, you'll NEVER look at a banana in the same way again -Bananas. Containing three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes.But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.Depression:According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana.This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier. PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.Anemia:High in iron, bananas can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.Blood Pressure:This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.Brain Power:200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.Constipation:High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.Hangovers:One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.Heartburn:Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.Morning Sickness:Snacking on bananas between meals helps to keep bloodsugar levels up and avoid morning sickness.Mosquito bites:Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of a banana skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.Overweight and at work?Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.Ulcers:The banana is used as the dietary food against intestinal disordersbecause of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It alsoneutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.Temperature control:Many other cultures see bananas as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Thailand, for example, pregnant women eat bananas to ensure their baby is born with a cool temperature.Seasonal Affective Disorder(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer tryptophan.Smoking:Bananas can also help people trying to give up smoking.The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.Stress:Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.Strokes:According to research in "The New England Journal of Medicine,"eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death bystrokes by as much as 40%!Warts:Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill offa wart, take a piece of banana skin and place it on the wart, with theyellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster or surgical tape!So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals.It is also rich in potassium and is one of the best value foods around.So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,"A banana a day keeps the doctor away!"PASS THIS ON TO ALL OF YOUR ON-LINE FRIENDS and FAMILYPS : Bananas must be the reason monkeys are so happy all the time!

AWAS!!!!! BABI DAN ALCOHOL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA!

Ada dua product ni contain lemak babi. JAKIM ada hantar surat pada semua retailer supaya TUTUP tanda halal kat product tu. Productnya :

1. Dove - syampoo, cuci muka dsbnya.

2. Pringles - potato chips yang dalam tin panjang tu.. (Harap beritahu kengkawan yang lain )

3. KEPADA SEMUA PEMBACA MUSLIM SUPAYA BERHATI-HATI SEMASA MEMBELI LAICI DALAM TIN. KALAU MEMBELI, TELITI DAHULU NAMA PENGELUAR, PERHATIKAN LABEL MAKANAN DALAM TIN YANG TIDAK HALAL. RUPANYA ADA SATU JENAMA YANG MENGETIN BABI DAN JUGA MENGELUARKAN PRODUK LAICI DALAM TIN. PERHATIKAN JENAMA INI..`NARCISSUS` KALAU TAK PERCAYA BOLEH TENGOK KAT SUPERMARKET.TAPI RAMAI ORANG MUSLIM KITA KURANG PENGETAHUAN DAN KURANG BIJAKSANA SEMASA MEMBELI-BELAH. TAMBAH-TAMBAH KALAU BARANG TU MURAH. NTAH APA BENDA KANDUNGAN DALAM BARANG YANG DIBELI TU. HARAP BERINGAT SELALU SUPAYA DARAH DAGING KITA TIDAK MENGHALANG KITA BERIBADAT.PETIKAN DARI SUMBER YG DIPERCAYAI..Ini bukanlah hasil tulisan saya..cuma utk menyebarkan apa yg diketahui...

4. Coke Ada Alkohol.Saya memang tidak ragu perkara ini. Di universiti kami pernah membuat kajian kes berkenaan bagaimana menggunakan strategi pemasaran untuk menembusi pasaran antarabangsa.Buku yang diterbitkan oleh prentice hall (international marketing) membincangkan secara teliti berkenaan bgm kejayaan coca-cola mengadaptasikan produk untuk memasuki pasaran asia.Dinyatakan secara jelas di situ bahawa kandungan alcohol didalam coke yang berada di pasaran eropah dianggarkan 20%. bagi negara islam seperti malaysia, indonesia dll peratus alkohol ini dikurangkan kepada 5% dengan alasan untuk melepasi halangan agama tetapi tetap ia perlu diletakkan untuk mengekalkan rasa asli coke. W/bgpun ia ditulis sebagai bebas alkohol untuk melepasi halangan pasaran di negara tersebut.Untuk pengetahuan juga hanya coke yang dibuat dan dipasarkan di Arab Saudi dan Pakistan sahaja yang benar-benar bebas alkohol kerana halangan undang-undang di negara tersebut terlalu ketat.Perlu juga dinyatakan disini bahawa coke yang dijual bersama hidangan di restoran makanan segera ditambah kuantiti alkoholnya kepada 8%. Sebab itu jika anda merasa coke yang didapati di Mc Donald adalah lebih pahit dari yang dijual secara botol. Sebelum ini saya cuba menghebahkan kepada kawan-kawan tetapi selalunya ramai yang tidak percaya.Ini sebagai respone kepada kenyataan ini dan sebagai melepaskan tugas saya untuk memberitahu. Harap kita semua sedar. Sekian

5.COCA COLA beralkohol.Alkisah diceritakan, Ustaz mengkhabarkan pada para jemaah bahawa pihak JAIS telah mengesahkan bahawa minuman Coca-Cola memang ada mengandungi alkohol (banyak sikit bukan persoalan).Perkara ini mengingatkan kembali pada perkara yang sama semasa belajar kat negeri mat salehdimana pihak Coca-Cola mengesahkan secara bertulis memang ianya mengandungi Alkohol.Malangnya pihak JAIS tidak dapat menfatwakan perkara ini atas dasar & tekanan pihak-pihak tertentu, almaklum lahnegara Islam. Apa yang kakitangan JAIS yang berkesedaran mampu buat ialah dengan menyebarkan berita ini secara "diam-diam".

Insyallah, dapatlah kiranya berita ini dipanjang- panjangkan.-----------------"YA RABB!

Semanis-manis pemberianMu dalam kalbuku ialah perasaan harapku terhadapMu dan seenak-enak perkataan pada lidahku ialah memujiMu, sedang yang paling aku rindukan ialah saat berjumpa denganMu

Petua Kempiskan Perut

Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama klasiknya boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke depan (maju). Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang buang angin.Kakak saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru pulang dari Kerala (bercuti). Orang sana miskin dan tidak mampu untuk membeli produk kecantikkan. Kebanyakan mrk berbadan gempal ttp perut kempis atau tak sebuncit seperti kebanyakkan rakyat kita.

Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia. Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis + seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10-15 minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan perut akan susut sendiri tanpa senaman. cubalah.

Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula ini dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk meredakan gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah pula di Malaysia tiada tandas kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada baru keluar , takut malu org tahu siapa yang berbalas tembak tadi .. he he. Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba secangkir.. rasanya tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja saya cuba .Lagi pun perut ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam lukisan kartun mamak cyber di UM :)

Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak zipkan seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut kaw-kaw (cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan air jintan. Tak atau rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu pun tak cuba lagi petua garam tu..

Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing perut tu nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.

Sunday, February 26, 2006

Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
a) McDonald
b) A&W
c) Secret Recipe

2. Restoran/Syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
a) Victoria Station
b) Kam Lun Tai
c) Lotus Family Restoran

3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
a) San Francisco Steakhouse
b) Chicken Rice shop
c) Kiwi Express

4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

7. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

8. Untuk makluman coffee bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM maka coffee bean tidak berkaitan dengan email yang disebarkan ini tetapi starbuck tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM maka tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan.

9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

Soalan :
Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan:
Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

10. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

11. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

12. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

13. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

14. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut. waallahua'lam

Saturday, February 25, 2006

Lipstick Alert..

If there is a female you care anything about, share this with her.

Recently a brand called "Red Earth" decreased their prices from $67 to $9.90.It contained lead. Lead is a chemical which causes cancer.The Brands which contain lead are:
1. CHRISTIAN DIOR
2. LANCOME
3. CLINIQUE
4. Y.S.L
5. ESTEE LAUDER
6. SHISEIDO
7. RED EARTH (Lip Gloss)
8. CHANEL (Lip Conditioner)
9. MARKET AMERICA-MOTNES LIPSTICK.

The higher the lead content, the greater the chance of causing cancer.After doing a test on lipsticks, it was found that the Y.S.L. lipstickcontained the most amount of lead. Watch out for those lipsticks which aresupposed to stay longer. If your lipstick stays longer, it is because ofthe higher content of lead.

Here is the test you can do yourself:
1. Put some lipstick on your hand.
2. Use a Gold ring to scratch on the lipstick.
3. If the lipstick color changes to black then you know the lipstickcontains lead.

Please send this information to all your girlfriends, wives and femalefamily members.This information is being circulated at Walter Reed Army Medical Center.

7 Kalimah

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan:-
  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Awas! Bahaya barangan Kosmetik !

Petikan dari: Wan Zainal Azman Wan Abdullah - Pusat Racun Negara

Setiap wanita ingin kelihatan cantik dan bergaya dan dengan menggunakan alat solek ia merealisasikan impian mereka. Namun begitu, tahukah anda, kanak-kanak juga menggemarinya dan sekiranya mereka menggunakannya tanpa pengawasan pasti akan memudaratkan mereka. Kebiasaannya di bilik tidur, meja solek menjadi perhatian utama anak-anak kita. Mereka akan mencuba alat solek seperti yang dilihat dipakai oleh ibu mereka. Tanpa disedari mereka akan menelan bahan tersebut kerana kebanyakan bahan kosmetik mempunyai rasa, bau dan warna yang menarik perhatian kanak-kanak. Walaupun secara amnya barangan ini selamat digunakan, namun kehadiran bahan kimia tertentu boleh memberikan kesan mudarat apabila tersalah guna. Ini disebabkan setiap satu barangan ini mempunyai kandungan bahan kimia yang berbagai-bagai dan sesetengahnya boleh memudaratkan kesihatan pengguna apatah lagi kepada anak-anak kita. Oleh itu, nama kandungan bahan kimia yang tercacat pada label atau kotak kosmetik merupakan maklumat yang berguna kepada doktor untuk memudahkan rawatan diberikan jika berlakunya kes keracunan.

Mekap muka
Pemerah pipi, bedak asas, mekap asas, dan 'blemish' sama ada dalam bentuk krim, cecair atau batang pada asasnya mengandungi lilin, minyak, lemak dan air. Selain daripada itu bahan ini mengandungi sedikit bahan pelikat (filter), pelembab, bahan penebal (thickeners), pewarna, pewangi dan pengawet. Pamerah pipi dalam bentuk bedak mengandungi talkum, kaolin, stearat, minyak galian atau minyak sayur, ester asid lemak, magnesium karbonat, pewarna, pengawet dan pewangi. Ramuan yang digunakan di atas secara praktiknya tidak berbahaya. Walaupun demikian jika anak anda tertelan, berikan minum susu atau air yang banyak bagi meredakan dan mencairkan bahan tersebut di dalam perut mangsa.

Mekap mata
Pensil alis mata mengandungi beberapa jenis bahan kimia di antaranya adalah lampblack, petrolatum, parafin, aluminium silikat dan asid stearat. Penggunaanya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan. Kesan daripada penggunaannya sedemikian boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuklah pigmentasi pada lapisan mukosa mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulin adalah berbahaya pada kulit dan parafin tidak tulin sepenuhnya boleh menyebaban kerengsaan dan ekzema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, namun demikian ia boleh menyebabkan alahan pada kulit. Pembayang mata mengandungi lanolin, lilin lebah, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleat dan talkum (bedak). Bedak jika terhidu untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan gangguan paru-paru. Maskara mengandungi garam asid stearik bersama pigmen dan/atau lanolin, parafin dan lilin karnauba. Pengalaman penggunaan bahan ini selama beberapa tahun menunjukkan terdapatnya beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata. Bahan-bahan yang digunakan di atas secara praktiknya tidak merbahaya. Walaupun demikian jika anak anda tertelan, berikan minum susu atau air yang banyak bagi meredakan dan mencairkan bahan tersebut di dalam perut mangsa.

Gincu
Gincu secara amnya dianggap tidak berbahaya. Bahan ini mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembap, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin perasa. Jika ditelan, tidak meninggalkan sebarang kesan.

Pemutih kulit
Barangan pemutih kulit biasanya mengandungi bahan aktif hidrokuinon dalam kepekatan 1 - 5 peratus dan amat berkesan sekali menghilangkan tompokan hitam. Selain hidrokuinon, terdapat bahan aktif lain yang digunakan termasuk monobenzil dan monometil eter hidrokuinon, raksa, asid askorbik dan peroksida. Bahan tambahan lain yang digunakan ialah air, gliseril stearat, gliserin, asid stearik dan pewangi. Hidrokuinon bukan sahaja merbahaya malahan jika termakan ia boleh menyebabkan keracunan yang serius. 5 -15 gram dos yang digunakan boleh menyebabkan mengeletar (tremor), gelugut (sawan) dan kerosakan sel darah merah (anemia hemolitik).

Bedak
Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali dengan disertakan dengan karbonat tak organik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

Krim dan losyen
Barangan pembersih kulit pada asasnya adalah emulsi minyak dalam air yang terdiri dari minyak, lemak atau lilin yang digunakan sebagai pencuci. Selain daripada itu ia juga mengandungi pelembap, pewarna yang dibenarkan, pewangi dan pengawet. Produk ini dikelaskan sebagai tidak berbahaya jika tertelan. Sekiranya tertelan dengan jumlah yang banyak boleh mengakibatkan gangguan perut. Jika ini berlaku, mangsa hendaklah diberi minum air atau susu sebagai rawatan kecemasan. Sebagai rawatan susulan bawalah mangsa berjumpa dengan doktor. Sekiranya terkena pada mata, lalukan air yang banyak ke atas mata selama 15 minit. Barangan ini didapati tidak menyebabkan radang kulit.

Deodoran dan Anti peluh
Deodoran digunakan untuk melindungi bau badan atau mencegah pembiakan bakteria serta pengeluaran peluh. Deodoran dalam bentuk cecair biasanya mengandungi alkohol, air, pewarna dan agen penghilang bau. Manakala dalam bentuk batang, ramuannya adalah lilin, sabun dan pelembab. Deodoran jenis krim dan "roll on" mempunyai kandungan yang hampir sama cuma berbeza dari segi bahan emulsi dan pelikat. Anti peluh mengandungi kandungan yang hampir sama dengan deodoran cuma ia mengandungi agen anti peluh aluminium hidroksiklorida (dikenali sebagai aluminium klorida hidroksid atau aluminium klorohidroksida atau aluminium klorohidrat). Barangan seperti ini tidak dikelaskan sebagai merbahaya apabila tertelan. Sekiranya tertelan usahakan supaya mangsa memuntahkan kembali bahan tersebut serta minuman susu diberikan bagi meredakan dan mencairkan bahan tersebut di dalam perut mangsa.

Pengilat kuku
Barangan pengilat kuku terdiri daripada pelarut seperti xilena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan pelembut kuku (seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor) bersama-sama dengan nitroselulosa atau lain-lain resin. Sesetengah bahan kimia ini jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin juga penekanan terhadap fungsi otak. Oleh yang demikian, mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segara sekiranya didapati terminum pengilat kuku. Sekiranya terkena pada mata, bersihkan mata dengan melalukan air yang banyak pada mata tersebut.

Pembersih pengilat kuku
Pembersih pengilat kuku pula mengandungi aseton dan etanol sebagai bahan kimia utama yang juga dikenali sebagai bahan pelarut. kedua-dua pelarut ini digunakan utnuk melunturkan pengilap kuku. Selain daripada bahan pelarut, minyak, lanolin, alkohol berlemak dan pewangi juga dimasukkan. Barangan seperti ini dikelaskan sebagai sederhana berbahaya. Kesan keracunan yang diperhatikan adalah sama dengan kesan keracunan alkohol. Rawatan kecemasannya sama seperti pengilat kuku. Ia juga boleh menyebabkan radang mata sekiranya terkena pada mata.

Kolon dan minyak wangi
Barangan kolon serta minyak wangi amnya adalah larutan hidroalkohol yang dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Masfiza bt. Abdul Hamid Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi Maklumat(POTM) Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia 03-79573611 samb. 223

Assalamualaikum, Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. No. Nama ubat Kegunaan Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli di kedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin. Wallahu'alam

Wednesday, February 15, 2006