Sunday, July 02, 2006

Petua Kempiskan Perut

Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama klasiknya boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke depan (maju). Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang buang angin.Kakak saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru pulang dari Kerala (bercuti). Orang sana miskin dan tidak mampu untuk membeli produk kecantikkan. Kebanyakan mrk berbadan gempal ttp perut kempis atau tak sebuncit seperti kebanyakkan rakyat kita.

Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia. Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis + seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10-15 minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan perut akan susut sendiri tanpa senaman. cubalah.

Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula ini dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk meredakan gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah pula di Malaysia tiada tandas kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada baru keluar , takut malu org tahu siapa yang berbalas tembak tadi .. he he. Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba secangkir.. rasanya tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja saya cuba .Lagi pun perut ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam lukisan kartun mamak cyber di UM :)

Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak zipkan seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut kaw-kaw (cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan air jintan. Tak atau rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu pun tak cuba lagi petua garam tu..

Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing perut tu nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.

3 comments:

emogurlz said...

ok lha gak koe punya cara 2 tp sya x berapa suka gan cara 2 tp apa2 pun ok lha bah 2.......

Oktant said...

Saya x pernah cube @ dengar lagi petua ni. Tapi ni mmg satu perkongsian yg menarik.

tamanraudhah said...

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?