Friday, August 24, 2007

Siapa sebenar Munsyi Abdullah...

Assalamualaikum wbt....

Semasa Ust. Nasharudin Mat Isa mengadakan tazkirah pendek di Surau Al-Amin, BTHO...beliau telah mengupas tentang Fikh dan Sirah Rasulullah (s.a.w.). Banyak kupasan menarik yang disampaikan tentang sirah baginda Rasulullah tapi insya Allah kalau diizinkan dapat dikongsi bersama di lain kesempatan.

Yang sangat ingin dikongsikan adalah cerita mengejutkan dari ustaz dalam intro tazkirahnya tentang sirah-sejarah, bila menceritakan tentang sejarah dan menyentuh sedikit tentang sejarah TanahMelayu, maka terkeluarlah nama Munsyi Abdullah. Jemaah termanggu bila ditanya Ust. Nasharudin tentang antara hasil penulisan pertama Munsyi Abdullah yang kita gelarkan "Bapa Persuratan Melayu" tu... dan beristighfar panjang bila diberitahu antara hasil tulisan Munsyi yang pertama adalah translation BIBLE KE DALAM BAHASA MELAYU YANG DITULIS DALAM SKRIP JAWI!, yang mana manuskrip asalnya masih ada di British Public Library, London.

Pagi ni, bagi menyokong kenyataan Ust. Nasharudin maka dilayarilah website BritishLibrary - search dalam British Library Public Catalog dan hanya mampu beristighfar panjang bila hit yang didapati seperti yang disertakan dibawah ni...

Record 18 of 21 item(s)

Uniform title: Bible. N.T.. Malay
Title:Kitab injil al-kudus dari pada Tuhan Isa al-Masih
Joint author/editor: Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir.
Joint author/editor: Keasberry. Benjamin Peach
Publication details: [Singapore]. [B.F.B.S.]. [1856]
Description: [No pagination, ca.600p]. ill. 21cm
Shelfmark: ORB.30/453. OIOC
Notes: Lithograph
Notes: Uncoloured double decorated frontispiece
Notes: Translation revised by B. P. Keasberry and Munsyi Abdullah
Notes: Darlow & Moule (1911) no.6509
Notes: Jawi script

Selepas lebih suku abad saya menerima pakai kenyataan bahawa beliau adalah BapaPersuratan Melayu sejak semalam fakta tu dah cukup tak relevan lagi...Bagi yang ingin surf/search sendiri ke website British Public Library:http://blpc.bl.uk/- click SEARCH option (second box)- select All Material (radio button)- dalam field Author/Editor masukkan "Munsyi"- click Submit Search- Result akan menyatakan "Your Search has found 21 items"- scroll ke item [18]dan lihat sendiri..... ....

Wassalam...

No comments: