Wednesday, September 26, 2007

'Tok Guru' wat Siam giat sesatkan Muslim

Kami suri rumah beragama Islam, duduk di sebuah kampung di selatan tanah air. Sudah banyak kali kami terima risalah propaganda beberapa wat di Kedah dalam kotak pos kami, dihantar oleh posmen.

Kami bimbang, banyak orang Islam akan terpengaruh, jadi kami ajukan perkara ini kepada pihak tuan agar pihak tuan dapat ajukan pula kepada pihak berkuasa.

Pihak berkuasa tolonglah bertindak, sebelum ramai lagi orang Islam terpengaruh dengan propaganda yang dihantar oleh wat-wat ini. Tolonglah siasat kegiatan wat-wat ini.

Kami syak wanita-wanita yang menyertai satu skim ‘direct selling’ menjadi sasaran kumpulan penyebar propaganda yang boleh membawa kemurtadan ini. Ini kerana kami sendiri adalah ahli kepada skim berkenaan. Kami percaya ada orang menjadi ejen dalam memberi nama dan alamat kami kepada pihak wat untuk menyesatkan kami.

Risalah dari WAT SUWANNARAM
Disertakan gambar beberapa gambar rahib Siam, paparan nombor ramalan yang menang dan testimoni berikut.

Saya Abdul Rashid berterima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum mendapat pertolongan dari TOK GURU, kehidupan saya sangat susah, suatu hari, saya terima risalah dari TOK GURU, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi TOK GURU dan saya ikut nasihat TOK GURU, akhirnya nombor RAMALAN yang diberi TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Hubungi segera: 013-4379101. Alamat A10, Jalan Kodiang Batu 3¾ Kampung Putat, 06100 Kodiang, Kedah.

Risalah dari WAT NATAWEE
Disertakan gambar sami Siam dan testimoni berikut
Nama saya Hafizudin dari Selangor. Saya ingin mengucap terima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya membangunkan semula perniagaan. Dulu kebakaran telah berlaku pada kedai saya. Lagi pun kedai saya tidak mendapat sebarang pampasan dari Insurance. Sejak itu saya menghadapi masalah kewangan. Pada masa itu saya terima risalah dari TOK GURU. Masa itu saya tidak percaya kepada nasib nombor. Ramalan tetapi sudah tiada cara lain lagi. Saya pun hubungi TOK GURU untuk meminta nasihat. Akhirnya nombor Ramalan yang diberi oleh TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Sila hubungi: 017-5645925. Alamat No 33, Kampung Lubok Rambai, 06350 Naka, Kedah.

Risalah dari Wat Pailom
Testimoni seorang lelaki tertulis: "Saya Mohd Syahir. ribuan terima kasih kepada Tok Guru kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum dapat pertolongan dari Tok Guru, kehidupan saya sangat susah, satu hari saya terima risalah dari master, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi Tok Guru dan saya ikut nasihat Tok Guru, akhirnya nombor ramalan yang diberi oleh Tok Guru telah mengubah nasib saya."

Sila hubungi 012-4693323/ 019-4543885. Alamat: 13, Jalan Sri Awang, Batu 1/2, 06300 Padang Terap, Kedah. - lanh

No comments: