Saturday, March 15, 2008

Sedih bila baca keratan akhbar ini.

Dibawah ini artikel yang saya ambil dalam Harian Metro berkenaan kematian seorang perempuan melayu yang mati dibunuh teman lelakinya akibat cemburu. Persoalannya bukan sebab kematian tetapi berkenaan dengan kehidupannya di kota raya yang penuh dengan dugaan. Bacalah dan nilai sendiri

KUALA LUMPUR: “Mak cik boleh maafkan kesalahan dia, tapi tidak boleh lupakan perbuatan kejamnya itu,” kata ibu kepada Siti Hajar Abdul Razak, 27, pelayan kelab malam yang dibunuh di sebuah kondominium di Pandan Indah di sini, kelmarin.Halimah Shaari, 60-an, berkata lelaki terbabit kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup membunuh anaknya. “Walaupun diberi peluang, mak cik tidak mahu tengok muka dia. Biar undang-undang yang menghukum perbuatannya.“Saya tidak pernah diberitahu Siti Hajar mempunyai teman lelaki,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, semalam.

Dalam kejadian kelmarin, seorang lelaki yang mendakwa teman lelaki Siti Hajar tampil ke Balai Polis Pandan Indah dan mengaku membunuh mangsa, Ahad lalu.

Harian Metro difahamkan, suspek yang tinggal serumah dengan mangsa dikatakan melarikan diri ke kampungnya di Negeri Sembilan, sebelum memberitahu keluarga mengenai perbuatannya. Halimah berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Siti Hajar selepas dihubungi seorang anaknya yang tinggal di ibu kota, awal pagi semalam.Menurutnya, kali terakhir anaknya pulang ke kampung di Kampung Baru, Kepala 20, Perlis pada Februari lalu selepas tidak pulang menyambut hari raya bersama keluarga.

“Siti Hajar adalah anak keempat daripada lima beradik dan selalu membantu keluarga dengan memberi duit belanja setiap bulan.“Saya sekeluarga reda di atas apa yang menimpa Siti Hajar dan menganggapnya ketentuan Ilahi,” katanya.

Suspek didakwa membunuh mangsa selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.Sementara itu, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

1 comment:

Abd Bashid Harun said...

Al-Fatihah, semoga roh mangsa dirahmati Allah. Kepada ibu mangsa, bersabarlah. Kepada dermawan sila hulurkan sumbangan. Kepada ulama' jangan asyik berpolitik, dekati orang-orang seperti ini. Curahkan ilmu anda kepada orang seperti ini.