Saturday, March 29, 2008

Terlepas lagi...

PUTRAJAYA 28 Mac – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Hanif Basree Abdul Rahman, 40, daripada tuduhan membunuh eksekutif pembangunan perniagaan, Noritta Samsudin, 22, lima tahun lalu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi yang mengetuai panel lima hakim membuat keputusan sebulat suara semasa menolak rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum itu turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif Basree.

Keputusan mahkamah yang melepaskan Hanif bukanlah persoalannya tapi apa yang saya fikirkan ialah perbuatan zina yang telah dibuat pengakuan oleh beliau sendiri sebelum ini. Dalam keterangan perbicaraan sebelum ini, dia dengan jelas mengaku melakukan hubungan seks dengan Noritta sedangkan dia sudahpun beristeri.

Dia terlepas didunia kerana tidak membunuh Noritta, tapi tunggulah pembalasan tuhan di akhirat nanti kerana perbuatan zinanya itu.

No comments: