Tuesday, June 24, 2008

RM1 juta untuk pingat emas di Olimpik?

Atlit negara yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan di temasya serupa di masa akan datang, akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, tetapi ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.

Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.

Najib berkata mesyuarat juga bersetuju untuk memberikan RM300,000 kepada pemenang pingat perak, dan RM100,000 untuk gangsa.

Bagi pasukan yang memenangi emas pula, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.

Pencen dinaikkan

Selain itu pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat di Sukan Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 bagi gangsa (sebelum ini RM1,000).

Ia berkuatkuasa mulai bulan depan.

(Sumber Malaysiakini)

Persoalannya:
Wajarkah ia dinaikkan ketika rakyat bergelut dengan krisis harga barang yang tinggi sekarang? Kalau wajar, kenapa tidak gunakan wang tersebut untuk dijadikan subsidi bagi mengatasi kenaikan harga minyak... Jadi nampaknya marilah kita beramai-ramai jadi atlit....boleh jadi kaya ooooo.

No comments: