Wednesday, July 09, 2008

Tanda kalimah "Allah" di perut katak puru


KALIMAH ALLAH ... Mohd Hafizan Mohd Hisham, 7, dari Kampung Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani menunjukkan katak puru yang mempunyai corak badan seolah-olah kalimah "Allah" di bawah perutnya di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA

ALOR STAR: Seekor katak puru yang mempunyai tanda menyerupai kalimah "Allah" di bahagian perutnya ditemui oleh seorang pekebun di kawasan rumahnya di Kampung Batu 8 Jalan Alor Star-Sungai Petani.

Mohd Hisham Md Isa, 34, berkata beliau menyedari keanehan pada katak itu selepas isterinya, Nurul Atikah Abdullah, 35, menunjukkan haiwan itu yang selalu bersembunyi di sebalik beg poli di kebun mereka.

Katanya katak itu sering memasuki kebun dan beliau selalu membuangnya ke sebatang sungai berhampiran tetapi ia akan datang semula ke tempat yang sama di tepi beg poli itu.

Beliau berkata bentuk tulisan pada katak itu hanya disedari setelah anaknya, Mohd Hafizan, 7, mengacukan katak itu beberapa kali ke muka isterinya.

Mohd Hisham berkata beliau tidak berhasrat memberikan katak itu kepada sesiapapun dan tidak lagi mahu membuangnya.

"Sebelum ini kami sering melihat di akhbar tentang penemuan haiwan dan tumbuhan pelik tetapi yang ini berlaku depan mata kami sendiri," katanya. BERNAMA

No comments: