Saturday, October 18, 2008

Mari kita belajar bahasa Isyarat - Ucapan Ringkas

Assalamualaikum

Tangan kanan 'A' sambil ibu jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.




Tangan kanan 'W' sambil jari telunjuk dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Hello


Tangan kanan 'B', hujung jari dikenakan pada tepi dahi kanan lalu digerakkan ke depan.

Selamat

Kedua-dua belah tapak tangan digenggam sambil bersalaman, lalu tangan kanan dan kiri digerakkan ke kanan dan kiri, tapak tangan ke bawah.

Selamat Datang



Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "datang"

Selamat Pagi



Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "pagi"

Selamat Tengahari
Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Tengahari"



Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Petang"

Buat isyarat "selamat", kemudian buat isyarat "Malam"


Tangan Kanan '5' tapak ke depan sambil digerakkan ke kiri dan kanan.


Buat isyarat "selamat", kemudian kedua belah tangan 'D' digerakkan ke kiri dan kanan.

Selamat Ulang Tahun

Buat isyarat "selamat", kedua belah tangan 'A" pada paras telinga, buat satu pusingan arah lawan jam.

Maaf


Tangan Kanan 'A' pada paras dada, buat satu pusingan arah jam.


Kedua-dua belah tangan dihulurkan ke depan, tapak tangan kiri dan kanan dirapatkan lalu dibawa ke dalam dengan kedua-dua hujung jari dikenakan pada dada.


Tangan kanan terbuka tapak menghadap ke atas, lalu digerakkan tangan kanan ke sebelah kiri.


Kedua-dua belah tangan digenggam dan digoncangkan sedikit.

Tolong

Tangan Kanan 'A' diletakkan di atas tapak tangan kiri, lalu digerakkan naik.

Terima Kasih
Tangan kanan terbuka dengan tapak ke dalam lalu dikenakan pada bibir dan digerakkan ke depan

Tangan kanan 'Y', lalu digerakkan ke depan dan belakang.

Buat isyarat 'Apa' dan kemudian kedua-dua belah tapak tangan membuat isyarat 'K', lalu digerakkan ke depan.

Khabar Baik

Kedua-dua belah tangan '5', tangan kanan diletakkan dibibir kemudian digerakkan turun dan diletakkan di atas tapak tangan kiri.

4 comments:

Hazinra Namir said...

Terima kasih kongsi ilmu. ;)

Suria November said...

minta ambil sedikit isi ya. terima kasih :)

hani sherry said...

assalam...mohon share ye...tqsm

Onetypo said...

Terima kasih.. kongsi ilmu...