Tuesday, July 29, 2008

Inilah akibatnya bila bagi benda tu kat budak kecik.


BESI DALAM NUGET...

BESI DALAM NUGET...
Pegawai penjara, Shaari Zakaria, 51, menunjukkan seketul nuget ayam yang mengandungi besi aluminium sepanjang kira-kira tiga sentimeter ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Chekok dekat Pengkalan Chepa, Kelantan hari ini.

Shaari berkata anaknya, Norfatihah, 17, ternampak sesuatu berwarna putih terlekat pada lapisan luar nuget ayam berkenaan ketika sedang menggoreng nuget yang dibeli di sebuah pasaraya di sini pada malam Selasa lalu. -- fotoBERNAMA

Dipercayai syarikat nuget tersebut beralamat di Kawasan Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor

Friday, July 25, 2008

BACA NI PENTING!!!: marjerin...Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti.

BACA NI PENTING!!!: marjerin...Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti.

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...
Perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..
Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Beware of this chocolate


Hati2 jgn sampai terbeli & termakan coklat ni. Takut2 boleh menjejaskan tahap pemikiran kita!!
Hahaha..

Monday, July 21, 2008

Kesan kenaikan harga minyak


Jenis Makanan Anti kolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Sunday, July 20, 2008

Shampoos Banned by Dubai Gov't

CLEAR , FRUCTIS , Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Body Shop

Itu adalah product2 shampoo yang dah dilarang untuk masuk ke pasaran Dubai kerana penyebab kanser otak yang dia org gelar kanser berat untuk keradangan kulit dan penyebab kerosakan otak..

Bahan yg menyebabkan kanser tu di panggil Sodium Laureth Sulfate atau dlm ingredients nyer di letak dengan nama SLS..

Kerajaan DUBAI ambil langkah serahkan bahan2 ni pada pakar dia org untuk diteliliti semua bahan yg digunakan dlm proses pembuatan shampoo tu...

Sbb dah ramai yg dimasukkan ke hospital kene radang kulit & barah otak yg teruk tanpa diketahui punca & sebabnya....

Hasil kajian tu membuktikan bahan yg di campurkan dlm shampoo itu tidak sesuai digunakan untuk manusia..

So itu yang keluar artikel ni setelah keputusan dan kelulusan doktor pakar Dubai mengesahkan bender ni memang betul berpunca dari bahan tersebut.... .

Kereta berumput..nak try?






Secret Recipe RM10 Price Buster Voucher

Secret Recipe RM10 Price Buster Voucher
FREE Voucher Download Below
Introducing Secret Recipe RM10 Price Buster Value Set Meal
Now On! Helps you set your Ringgit Further!
Terms
Valid from selected main meals & ice lemon tea
Valid for Dine In only
Valid at all Secret Recipe in Malaysia except Sabah & Sarawak
Visit your nearest Secret Recipe Now!

8 July to 6 August 2008

Friday, July 18, 2008

Speed-trap


Memandangkan minyak dah naik, jgn tambah beban bayar saman pulak.
So kena jaga-jaga, sbb polis trafik sekarang semakin kreatif.

Gambar seorang abang polis buat speed-trap dalam gerai jual mangga@Sabak Bernam.

BarCode

A very good tip for identifying the products toboycott. Every bar Coded product in the market contains its country code included in barcode digits. Please check the barcode of any product before you buy.

Check the first 3 digits from the LEFT.

Example, an Israeli product will have barcode like:

729 3453459070

The following list is given according the priority asthe worst at top and then second worst is next.

729 - Israel
570 - 579 Denmark (i.e. 570, 571... 579)
870 - 879 Netherlands (i.e. 870,871... 879)
300 - 379 France
700 - 709 Norway
400 - 440 German

Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible Via Email via SMS Via Scrap.....Iask all of u, Muslims...Cant u spare one minute in order to spread this message among Muslims ...ASAP?

REMEMBER THE PROPHET (P.B..U.H) MIGHT ASK YOU ONE DAYWHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?????

It is time to decide not to think.

Thursday, July 17, 2008

Snatch Thief In MALAYSIA

Subject: FW: Snatch Thief In MALAYSIA
Date: Tue, 17 Jun 2008 08:32:13 +0800

This can happen anywhere, pls alert your loved ones...

Be careful..
Dear All,
This is what happened on Friday afternoon, when this girl was crossing the road to work as a part time salesgirl after school. While crossing the road a motorbike came from behind and the pillion use a helmet and hit on the head while the motorbike was moving. The girl died on the spot. She just only 18 years old. Always alert and for the ladies ...... your handbag!!!
Take care!!!

Petua anak pintar

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya
  1. setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
  2. membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
  3. bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
  4. apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
  5. ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba..... .

Sumber dari forward email

Wednesday, July 16, 2008

Anak Amy Search (Nabila) semasa di Mekah


Kamu nilai lah sendiri...

Sunday, July 13, 2008

Wednesday, July 09, 2008

Tanda kalimah "Allah" di perut katak puru


KALIMAH ALLAH ... Mohd Hafizan Mohd Hisham, 7, dari Kampung Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani menunjukkan katak puru yang mempunyai corak badan seolah-olah kalimah "Allah" di bawah perutnya di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA

ALOR STAR: Seekor katak puru yang mempunyai tanda menyerupai kalimah "Allah" di bahagian perutnya ditemui oleh seorang pekebun di kawasan rumahnya di Kampung Batu 8 Jalan Alor Star-Sungai Petani.

Mohd Hisham Md Isa, 34, berkata beliau menyedari keanehan pada katak itu selepas isterinya, Nurul Atikah Abdullah, 35, menunjukkan haiwan itu yang selalu bersembunyi di sebalik beg poli di kebun mereka.

Katanya katak itu sering memasuki kebun dan beliau selalu membuangnya ke sebatang sungai berhampiran tetapi ia akan datang semula ke tempat yang sama di tepi beg poli itu.

Beliau berkata bentuk tulisan pada katak itu hanya disedari setelah anaknya, Mohd Hafizan, 7, mengacukan katak itu beberapa kali ke muka isterinya.

Mohd Hisham berkata beliau tidak berhasrat memberikan katak itu kepada sesiapapun dan tidak lagi mahu membuangnya.

"Sebelum ini kami sering melihat di akhbar tentang penemuan haiwan dan tumbuhan pelik tetapi yang ini berlaku depan mata kami sendiri," katanya. BERNAMA

Tuesday, July 08, 2008

Malay name to japanese name

Let's try ..........

http://rumandmonkey .com/widgets/ toys/namegen/ 721/

Kendi kuatkan teori Melayu dari Champa


Oleh Hussain Said
SALAH satu kendi yang ditemui Sungai Mentakab, Pahang berusia lebih 2,000 tahun.

PENEMUAN kendi berusia ribuan tahun tertanam di kawasan bukit berdekatan sungai di Mentakab, Pahang baru-baru ini menguatkan teori asal usul masyarakat Melayu zaman logam, sekitar 2,000 tahun lalu yang dikatakan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kendi atau istilahnya dalam perkataan Sanskrit kundika adalah tempat menyimpan air yang biasanya diperbuat daripada logam seperti gangsa dan tembaga atau seramik.

Selain menjadi tempat menyimpan air, kendi yang mempunyai signifikan tersendiri berdasarkan reka bentuk dan lakarannya yang unik turut digunakan bagi menyimpan wangi-wangian, mereneh ubat, upacara keagamaan dan perkahwinan.

Lazimnya, kendi yang diperbuat daripada logam digunakan golongan bangsawan yang dikenali sebagai 'Kendi Diraja' untuk dijadikan tempat mereka meludah dan sebagai tepak sirih yang mesti ada berdekatan.

Dalam konteks zaman moden selepas kedatangan Islam, kendi dijadikan tempat menyimpan air suci iaitu air zam-zam dan ketika ini kendi yang diperbuat daripada logam sukar diperoleh berbanding jenis seramik.

Pembuat kendi selalunya menjadikan haiwan mengkarung, cicak, buaya sebagai identiti ukiran hiasan kendi yang dihasilkan selain imej burung, kerbau, muka manusia, rebung dan buluh.

Keistimewaan dan keunikan sesebuah kendi itu selalu berdasarkan ukiran serta material yang digunakan dan kedua-dua faktor itu juga melambangkan kemewahan kepada pemiliknya.
Penemuan dua lagi artifak sama di Port Dickson dan Terengganu, juga berdekatan kawasan sungai selepas itu mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Kerajaan Melayu Maritim sezaman dengan Kerajaan Langkasuka, Champa dan Funan.

Pengkaji sejarah tamadun alam Melayu, Wan Ahmad Arshad, yang menemui dan memiliki ketiga-tiga artifak itu berkata, zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa.

Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi 'riverine maritime' yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat pra sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.

"Berdasarkan sumber bertulis China, seawal milenium pertama sebelum masihi dan selewat-lewatnya kurun ke-2 masihi sudah muncul kerajaan awal di alam Melayu seperti Dong Son, Vietnam Utara; Fu-Nan, Lembah Sungai Mekong; Champa, Vietnam Tengah; dan Langkasuka, Selatan Thailand-Kedah, " katanya.

"Antara alasan perpindahan atau penghijrahan itu termasuk mencari tempat baru bagi putera raja atau mencari negeri baru untuk dibuka serta diterokai selepas kalah dalam peperangan.

"Komuniti yang berpindah ini umumnya dipimpin seorang raja dan disertai oleh kerabat, menteri, hulu balang, bala tentera dan rakyat. Gambaran ini terdapat dalam sejarah Melayu mengenai pembukaan negeri Melaka itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menolak penemuan tiga artifak kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.

"Berdasarkan reka bentuk kendi yang ditemui di Mentakab yang unik, seperti seekor burung mahawangsa bersayap, berparuh dan berkaki empat, bahagian pemegangnya mempunyai imej haiwan mengkarung dan material gangsa yang digunakan untuk membuatnya, ia jelas menunjukkan ciri-ciri artifak purba zaman logam atau budaya Dong Son.

"Manakala reka bentuk burung mahawangsa berkaki dua dengan tandu di atas badannya yang ditemui di Pasir Panjang, Port Dickson banyak persamaan dengan artifak yang ditemui di Mentakab.

"Jadi, saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan lagi teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran perairan sebagai tapak pentadbiran kerajaan," katanya.

Wan Ahmad yang juga pemilik Galeri Pusaka Moyang (GPM) di Senawang, Negeri Sembilan berkata reka bentuk ketiga-tiga artifak itu juga tidak melambangkan reka bentuk lazim artifak di zaman Kesultanan Melaka yang banyak dipengaruhi reka bentuk Arab, China, Indo-China dan Eropah.

"Ini membawa kepada andaian artifak ini berasal dari zaman logam, yang berlaku sekitar milenium pertama sebelum masihi. Zaman logam mula berpengaruh di nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa di mana lokasi asal artifak zaman logam banyak ditemui," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan artifak yang ditemui di Mentakab itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penemuan kota purba - Kota Gelanggi, di Johor pada 2003.

Arah Kiblat (16.07.2008 / 5.28 ptg)

Untuk Pengetahuan Bersama

Hari Rabu 16 Julai - 5.28pm
(Waktu Malaysia)


Peluang untuk menyemak arah kiblat