Saturday, March 29, 2014

Al Fatihah kepada penumpang MH370..

Seperti yang kita sedia maklum sampai sekarang selepas 21 hari bangkai pesawat MH370 masih belum dijumpai sepenuhnya kecuali kedengaran beberapa laporan yang mengatakan serpihan bertaburan berdekatan perairan Perth Australia. Walaupun pihak kerajaan telahpun memaklumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di lautan Hindi tetapi banyak teori dan spekulasi berlegar di internet. Itu semua belum boleh disahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan. Sama-samalah kita berdoa agar keajaiban berlaku kepada penumpang pesawat berkenaan. Hanya Allah lah tempat kira memohon dan kepadaNya juga kuasa yang menentukan segala-galanya.

No comments: