Tuesday, January 01, 2008

Parti Disko malam Tahun Baru 2008


Ada pihak anjurkan Parti Disco sempena countdown 2008 31 Disember ini di Tuanku Mizan Golf dan Country Club di Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Betapa kurang ajarnya pihak tersebut. Mereka tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam di Terengganu ini.

Di bawah ini keratan publisiti yang diedarkan.

Agaknya bagaimana program sebegini boleh dianjurkan di Terengganu? Inilah hadiah ajaran Islam Had hari yang diwarwarkan selama ini.

Kami pemuda-pemuda bimbang sekiranya maksiat menjelang tahun baru makin berleluasa dan tidak mungkin dibendung lagi, takut-takut nanti, dengan kemurkaan Allah, diturunkanNya Bala seperti Tsunami dan seumpamanya. Bukan niat kami mahu meminta bala, tetapi memberi AMARAN kepada golongan yang lupakan Kebesaran dan kemurkaan Allah terhadap hamba-hambaNya yang melakukan maksiat dan kemunkaran.
Lebih-lebih lagi program ini dianjurkan di Premis yang menggunakan nama Tuanku Mizan (yang sekarang ini Yang Di Pertuan Agong Malaysia). YDPA Sultan Mizan dan Permaisurinya pula baru sahaja kembali dari mengerjakan ibadah Haji. Ini merupakan suatu penghinaan kepada YDPA Sultan Mizan yang menjadi Ketua Tertinggi bagi agama Islam, agama persekutuan Malaysia.

No comments: